pelbagai_misciconSetiap kali selepas aku present depan supervisor berkenaan dengan progress research,  satu statement yang aku takkan lepas dari bertanya dengan supervisor, “Am I in the right direction of my research?” jawapan yang aku terima pasti sama, dengan senyuman (yang aku sendiri tak tau nak tafsirkan…almaklumlah aku ni bukan nujum pak belalang). Supervisor aku senyum, aku pun balas senyum balik…(hahahhahaha). Tapi, selepas presentation minggu ni, entah mengapa, aku terlupa pulak  nak bertanya dengan supervisor aku (ye ker lupa, atau dah malas nak tanya, pasti senyuman sebagai jawapannya…kekeke).  Ketika aku nak tutup laptop dan projector, hahahha….jawapan yang aku tunggu-tunggu selama ni dari supervisor kesayanganku (ahaks)… “Matto!! you are in the right direction.. excellent!”. Yokatta ne!! Apa yang aku tau (daripada analisa yang aku buat, roughly..), minggu ni, aku present tentang framework of the supporting tool for constructing informal and semiformal specification. Berbanding dengan sebelum-sebelum ni, presentation aku lebih kepada existing tools (kira literature reviewlah) dan case study aku jer. Anyway, lega sgt sekarang ni. YATTA.

327340743_2cdf869ca32

p.s. Happy Valentine Day to all my friends, Ken-san, Masa-san, Hiroyuki-san, Charles-san, Niel-san, Fukumi-san, Fumiko-san, Miao-san, etc…(ramai sgt nak sebut nama…). Thank so much for being my friends, hanging out with me, enjoy and share  our life together.

free-valentines-day-vectors-3

Untuk menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan salah satu factor yang penting ialah hubungan yang baik, mesra dan rapat di antara supervisor dan supervisee. Jadi, untuk mewujudkan hubungan yang baik dan mesra ni tak semestinya hanya berbincang tentang research semata-mata tetapi juga mencakupi dalam pelbagai pelbagai perkara. Macam hari ni, supervisor datang ke lab aku dan membawa satu printed magazine keluaran june (pages yang related jer) utk ditunjukkan kepada aku dan yang lain tentang namanya tersenarai dalam ranking utk table tennis 2nd division. Wah..tahniah prof….(memang aku tak nafikan, supervisor aku memang aktif dalam bidang table tennis ni..kalau ada table tennis tournament, mesti dia join punya). Gelak tawa dan jokes yang aku dan lain-lain buat termasuk supervisor sendiri, mewujudkan satu environment yang menyeronokkan dan tiadanya ‘gap’ antara kami. Jadi sekiranya nak discuss tentang hal-hal yang lain, takde lah nak malu-malu atau serius (dalam erti kata lain, tak perlu formal lah).

Baru habis discussion dengan supervisor berkaitan dengan projek…. Minggu lepas dah buat appointment dengan supervisor utk discuss perkara-perkara yang berkaitan dengan requirement analysis & specification of automobile driving simulation system…hmm…hmm…..lepas discussion, aku tergelak sendirian, apabila aku gelarkan pertemuan hari ni sebagai role-play discussion. Mana taknya, aku kena assume aku ni sebagai analyst manakala supervisor aku pulak sebagai expert dlm bidang automobile driving simulation ni. (macam projek untuk undergraduate studentkan.tapi tu yang syoknya study kat japan ni). Kalau di Malaysia, supervisor nakkan yang high standard (bukan semua supervisor begitu).

Apa yang berlaku hari ni, aku kena gather and documenting all required information regarding automatic driving simulation (informal analysis ler tuh). Dah dinamakan analisis di peringkat awal, memanglah maklumat bercelaru jerk…supervisor pun pening-pening jugak dibuatnya…nasib baik supervisor aku ni cool jer..dua-dua buat lawak. Jadi next discussion dgn supervisor, aku akan kemaskini maklumat-maklumat yang diperoleh hari ini(classify dan re-group similar information), then try to come up with the decomposition of function (for all functions if possible). Hasilnya nanti, aku kena analyse balik document ini untuk mengenalpasti apakah constraints yang akan/mungkin wujud.

Ni baru nak buat requirement spec dah pening lalat, belum lagi nak buat semi formal dan formal spec nanti. Apa yang aku pelajari hari ni, aku cuba memahami bagaimana nak dptkan, extract, classify, regroup dan sebagainya untuk maklumat lebih detail dari user sehingga ke lubang cacing. Ini penting kerana, daripada sinilah aku kena kenalpasti dan mencadangkan intelligent method yang boleh diapply bagi membantu user menghasilkan formal spec based on human intelligent behavior. Wah nampak macam hebat jerk….kekekekkeke…(sebenarnya memang mencabar pun…aku sendiri pun tengah ‘angolzz’ jugak.

By the way, pray for me and wish me good luck.

Pukul 10 pagi tadi aku dan Miao ada presentation berkenaan dengan PhD progress report kami berdua.. Hari ini, kami berdua sama-sama buat presentation depan supervisor (regular meeting) di seminar room, level 4, koganei campus. Aku tak nak ceritakan tentang research aku secara detail pada topik aku hari ini. Tetapi, aku nak bagitau selepas presentation tu, supervisor aku bawak aku dan Miao pegi shopping (dalam kampus jer…kalau kat malaysia tu, samalah seperti di kedai koperasi universiti. Yang syok nyer, dia mintak aku dan Miao ambik apa2 jer yang berkenan. Katanya, semua akan ditanggung oleh universiti. Best jugak macam ni..so far belum ada univ di Malaysia buat sebaik ni dengan PhD students. Apa lagi, aku ambik ler dua tiga batang pen mata bulat dan dakwat(berjenama pilot), post it notes, glue, arch files, double clips dan beberapa lagi stationeries yg lain. Yang paling aku bangga dengan supervisor aku ni, dia sendiri minta aku dan Miao angkat USB drive setiap sorang ( brand Buffalo, SHD-U16GS, 16 GB, seperti dlm gambar di bawah).

Bukan setakat tu jer, minggu depan aku dan Miao akan dapat satu portable hard-disk 64GB (tak jadi masalah walaupun kecik, yang penting dapat free). Kemudian, sebelum beredar dari kedai tu, aku inform supervisor, alangkah baiknya kalau ada study lamp…apa lagi supervisor aku terus belikan satu setiap seorang, (brand NEC, 3SP18WN, seperti gambar di bawah)..pergh, caya ler supervisor…first time aku dapat supervisor yang begitu prihatin ni.

Aku dimaklumkan jugak, setiap pelajar yang baru mendaftar di universiti ini (khususnya koganei campus), setiap pelajar akan dibekalkan satu laptop. Jadi, selepas aku mendaftar jadi pelajar di sini bulan 4 lepas, aku diberikan satu laptop HP Compaq 2210b (seperti gambar di bawah).

Saudara Fendy call aku tadi, dan mengajak aku utk bersama-sama diaorang pegi ke Yokohama Aquarium pada pagi Ahad nanti… Nanti aku ceritakan pengalaman aku di sana dan cuba utk dapatkan imej-imej yang menarik supaya dapat dikongsi bersama.

Hari ni aku allocate sepenuh masa aku di lab utk review conference paper yang diserah oleh supervisor aku (ada tiga paper yg perlu aku review). Kalau ditangguh nanti alamatnya tak sempat nak buat kerja hakiki (buat research sendiri). Seronok jugak menjadi reviewer sebenarnya. Selain dapat melihat teknik pengolahan, aku juga dapat melihat perkembangan terkini projek atau research yg sedang dibuat…(aku pun boleh dapat idea tentang teknik2 yg berkaitan dengan research aku…kekekekekek).

Aku dan Miao telah dijemput oleh supervisor utk attend welcoming party di salah sebuah Japanese restaurant yg berdekatan. Jadi, aku, Miao, Fumiko (salah seorg researcher di lab aku) dan supervisor pergi ke Hanaya Yohei dlm pukul 6.30 pm. Sebelum berangkat ke sana, aku dah maklumkan dengan Fumiko dan Miao tentang mknn yg aku boleh dan tak boleh makan. Mereka berdua faham dengan situasi aku disebabkan kedua-duanya mempunyai rakan-rakan yang seagama dengan aku. Lega jugak mendengarnya. Petang itu, supervisor memberi kebebasan makanan yg kami berdua nak pilih. At last, aku, Miao dan Fumiko memilih hidangan yg sama (special meal for the month) dan supervisor aku memilih soba udon. Secara umumnya, semua makanan jepun memang tidak menjadi masalah dengan aku, malah aku sendiri pun, selalu jugak ke Kappa Zushi (apa lagi makan sushi ler).

Perbualan kami byk menyentuh pelbagai perkara (tak termasuk perbincangan mengenai research), mencakupi hal – ehwal masyarakat Jepun, China dan Malaysia. Seronok jugak dapat bertukar-tukar cerita, sehinggakan tak rasa jam dah menunjukkan pukul 9 pm.

Secara peribadi, inilah kali pertama dalam hidup aku mempunyai seorang supervisor yang amat baik, kelakar, dan sempoi. Jadi, aku tiada masalah nak berkomunikasi dengannya.

Seronok juga menjadi pelajar semula. Kali terakhir aku menjadi pelajar adalah pada thn 2005 lepas utk master study, di University of Aizu, Japan. Hari ini juga aku berkenalan dengan seorg lagi pelajar dari Shanghai, China, juga PhD candidate (aku panggil dia sebagai Miao-san), duduk di sebelah meja aku. Sebenarnya, meja aku dan meja dia bertentangan, dan masih dalam partition yang sama. Miao dtg 2-3 hari selepas ketibaan aku di Tokyo dan aku belum bersua muka lagi dengan dia sebelum ini. Miao menghadiahkan teh yang dtgnya khas dari China kepada aku, dan aku pula menghadiahkan sedikit brgan dari msia kepadanya. Kalau di Jepun (walau pun kami berdua bukan dari Jepun), memang menjadi budaya mereka utk menerima dan memberi hadiah (walaupun tak compulsory), tapi seronok sebenarnya apabila dapat memberi dan menerima souvenir.

Seperti yang dijanjikan, aku dan Miao berjumpa dengan supervisor utk membincangkan tentang hala tuju utk PhD kami berdua. Perbincangan yang mengambil masa tidak lebih dari 3 jam, 2 topik (1 topik utk aku dan 1 lagi utk Miao) yang berkaitan dengan Formal method. Dlm masa yg terdekat ini, aku perlu memahami tentang system yang mudah dan sedia ada sbg case study. Perbincangan seterusnya adalah pd 23hb nanti.