Malam tadi bersemangat sungguh aku join zumba…mentang2lah dah tahu pergerakan mengikut alunan muzik yang amat boombastic (techno+remix+latin dance)..dah nampak mcm expertlah aku rasa…kekekeke  (berlagaklah konon nyer). First time join memang nampak janggal jugak..takde experience sebelum ni, pastu kena pusing2 perut pulak tuh (lebih kurang macam memerah tuala yang basah)…bila dah biasa, gian pulak..tak sabar-sabar nak terus berzumba..tak perasan dah cukup masa…perghh..dahsyat wooo…balik kat rumah senyum memanjang jer… pastu pulak, terserempak dengan instructor yang incharge ‘group step‘…dia tanya ..man, malam esok join group step lagi tak?….sambil senyum aku menjawab…..”mochiron shite imasu yo”…terasa lebih sihat pulak sepanjang bulan ramadhan ni…mudah-mudahan segala-galanya dipermudahkan…nasib baik join waktu malam…takde ler mengganggu ketika tengah puasa erk.

“Betul memalukan!” “Maafkan saya ayah… sa… saya menyesal” “Baru sekarang kau nak cakap….. dlm sejarah keluarga kita tak pernah terjadi camnie.. maner aku nak letak muker aku nie kalau sedara mara kiter sumer tahu… maner hah!!??”

Dia hanya tunduk diam membisu, dia tahu dia telah menghampakan keluarganya. Dia tahu ini soal maruah… maruah diri dia dan maruah keluarganya akan habis tercemar bila yg lain dpt tahu.

Dengan fikiran yg betul rungsing dia tabahkan hati naik ke bumbung sebuah bangunan yg tinggi. Perlahan-lahan dia berjalan towards the edge of the building. Dipandang nyer ke bawah… mak aii… punyer nyer tinggi, nie kalau jatoh gerenti mati berkecai ni. Dia memejamkan mater nyer… nafas ditarik sedlm – dlmnyer. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dia merebahkan dirinya dan dusssss…..jatuh ke bawah. Dia memekik “MAKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!” sementara tubuhnyer terus jatuh terpusing pusing. Sayap dibuka dan swoosshhhhhhh dia terbang……..

“Yess! Yess! yess! ” dia memekik sambil terbang berlegar legar ke udara.

Lega hatinya, barulah maruah nyer dan keluarganyer tak akan tercemar. Yelah, dlm sejarah kaum burung, maner ader yg takutkan ketinggian? melainkan dia lah. Tapi sekarang dia dah tak takut lagi, dia dah berani terbang.

Pengajaran: Kekadang kita ingat kita tak boleh, tapi kalau kiter try lagi dan lagi dan lagi, masih jugak tak boleh, so buat dunno (or muka seposen) je lah. Moral yang lain tu, pandai-pandailah atas kreativiti, imaginasi dan interpretasi masing-masing.