June 2009


drmindaku_frmymindiconKetika aku update blog yang berkaitan dengan adik beradik aku, terus aku teringat drama bersiri di USA Brothers & Sisters. Keakraban 5 orang adik beradik ni dalam berkomunikasi, kasih-sayang dan sebagainya, membuatkan aku mengaitkan perspektif ini dalam keluargaku. Ketika bercuti baru-baru ini di Sibu, bagi menghadiri majlis perkahwinan adikku, aku merasakan hubungan adik-beradikku amat rapat sekali. Mungkin, disebabkan inilah satu-satunya peluang untuk kami berkumpul bersama, berkongsi dan meluahkan segala-galanya, serta membantu antara satu sama lain. Berbanding dengan suasana hari raya,  ada di antara kami adik beradik tidak berpeluang utk balik bercuti di sibu. Tahun ni, aku tak dpt nak balik beraya dengan mereka. (alamak, puasa pun belum, dah ingat nak raya dah…oppsss….).

Untuk mak, terima kasih atas segala-galanya.. kesabaran dalam membesarkan kami adik-beradik yang seramai 10 orang dan kesemuanya alhamdulillah mempunyai pekerjaan dalam bidang masing-masing. Titik peluh, jerih perih serta cabaran yang dihadapi terutamanya selepas bapa meninggal dunia 21 tahun yang lalu, untuk membesar dan menyara kami, pastinya tidak dapat dibalas…hanya doa sahaja yang sentiasa mengiringi kesejahteraan, kebahagiaan dan ketenangan mak.  Ketahuilah, kami adik beradik tetap berbangga dengan mak (dan sekiranya bapa masih hidup, pastinya arwah semakin sayang dan menyanjungi isterinya dalam mendidik anak-anaknya).

Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi, mak telah berjaya mendidik kami adik-beradik mengecapi kejayaan dan mempunyai pekerjaan masing-masing. Kini, anak emak yang sulong merupakan salah seorang pengurus di salah sebuah bank di Sarawak, yang kedua, bekerja di Telekom, ketiga dan keempat bekerja dalam badan kerajaan negeri, yang kelima pulak sebagai guru, keenam sebagai akauntan, anak yang ketujuh sebagai pensyarah universiti, kelapan pula di TMnet, ke-9 di bahagian radar MAS dan yang bongsu di Meteorologi. Sekali lagi terima kasih mak.

Walaupun bapa dah meninggal dunia 21 tahun yang lalu, namun, setiap masa kami tetap mengingatinya..ada kalanya, menitis juga air mata apabila arwah tak sempat melihat hasil usahanya selama ini untuk kejayaan anak-anaknya. Pernah emak bagitau, bapa mkn sedikit sahaja, dan membiarkan makanan yang diperuntukkan untuknya dibahagikan kepada anak-anaknya. peranan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh bapa akan tetap kami ingati dan cuba kami hayati.

“Selamat Hari Ibu Mei 2009” dan “Selamat Hari Bapa Jun 2009″

p.s tengah selesema dan batuk sebenarnya…tu yang karangan pun lain macam jer….huhuhuhuhuh…

budaya_cultureiconFuh!!!!…betul2 lama tak update blog. Bersemangat balik, bila member remind aku bila nak update….baru hari ni, berkesempatan menaip walaupun hari2 berdepan dengan komputer.

Oklah, hujung bln lepas aku mohon bercuti seminggu dengan supervisor bagi menghadiri majlis persandingan dua orang adik aku sekaligus. Walaupun, dah ada majlis sebelumnya, mak aku beriya-iya nak adakan majlis sanding sekali lagi (aku buat andaian nak bagi peluang utk aku, almaklumlah majlis persandingan kedua-dua adikku itu aku tidak dpt menghadirinya).

Aku balik ke Malaysia pada 29hb Mei (aku geli hati dalam flight apabila M’sian stewardess berborak dgn aku dlm bhs Jepun, tetapi bila dengan penumpang di hadapan aku, dia borak dlm bhs melayu pulak…), dan sempat bermalam di rumah aku sendiri di Samarahan. Keesokan harinya, aku drive kereta aku sendiri ke Sibu (berkonvoi dengan kereta abangku). Aku dan keluarga abangku sampai di Sibu pd sebelah malamnya.  Pada waktu tersebut, mak aku dan kawan2nya tgh ‘bertungkus-lumus’ memasak kari, rendang, perut lembu dan sebagainya sebagai hidangan majlis persandingan.

P1000025

Team memasak yang diketuai oleh mak aku sendiri. ( Dari kiri: Mak Hjh Noraini, kak iparku, kak Seniah, mak wa, mak aku, dan atai).

P1000026

Kak Selamah sedang membuat lawaknya sambil diperhati oleh ketua memasak(mak aku), manakala mak wa sedang menggaul rempah-rempah yang perlu untuk membuat kari ayam.

P1000031

Inilah singgahsana bagi dua pasangan sejoli, di Dewan MUC Kampung Bandong, Sibu. Ilham daripada kakak iparku dan diolah oleh seorang makcik yang ada kaitan saudara dengan keluargaku.

P1000037

Acar timun dan telur (tak ingat untuk apa telur ni, dan yang pastinya bukan untuk dicampur dengan acar tersebut). Mak wa tengah khusyuk menghidang…

P1000038

Yang ni pulak kumpulan yang ditugaskan untuk ‘mengaok’ kari ayam…”Mak aji Inda, jangan lupak simpan utk kamek juak….”

P1000050

Upacara tepung tawar dimulakan oleh makku selepas majlis doa yang dibacakan oleh Sahibus Samahah, Imam Besar Masjid An-Nur Sibu, Tuan Haji Md. Siraj.

P1000055

Eh! Eh!..Syirwan rupanya yang menjadi MC pada hari tersebut… Stylo betul….ahahah..

P1000057

YB Sibu, Dato Awang Bemee, antara VIP yang hadir pada hari tersebut, diiringi oleh abang aku yang no. 2 bagi menyempurnakan upacara tepung tawar.

P1000069

Pengantin: Adik bongsuku, Shaiful dan isterinya, Nor Nadia.

P1000079

Pengantin: Adikku, no. 8 dalam keluarga, Indra Putra dan isterinya, Wendy.

P1000085

Gambar keluarga, seorang jer yang tak dapat hadir(no. 9) sebab menghadiri kursus dan pada masa tersebut tengah menduduki peperiksaan di Subang (dari kiri, belakang: Salmiah (no. 6 dlm keluarga), aku sendiri(no. 7), Razali(no. 2), bonda, Haron (abang sulong), Baseri (no.3), Heizah (no. 5) dan Salmah(no.4))

P1000089

Gambar keluarga: Bersama kakak-kakak iparku dan anak-anak saudaraku yang seramai 21 orang (seorang tidak kelihatan kerana khusyuk mengambil gambar, kesian ko rafiq…).

P1000183

4 ‘teruni’ di rumah abangku yang  no. 2 semasa majlis beramah mesra yang diadakan sehari selepas majlis persandingan; dari kiri , oni, tiqah, nor dan rin(dah berkahwin).

P1000197

Pak usu aku juga hadir pada majlis beramah mesra di rumah abangku ini. Kelihatan abang aku tengah mendengar celoteh dari isterinya sambil diperhatikan oleh bapa mertua adik bongsuku, dan anaknya.

P1000218

Keesokan harinya pulak, diadakan sedikit majlis menggigit pisau lipat dari pengantin kepada pengapitnya (mengikut adat di mana, sekiranya pengapit belum berkahwin, perlulah diadakan majlis sebegini). Pada masa yang sama, majlis ini juga diadakan sebagai keberangkatan balik ke Perak mertua adik bongsuku ini. Ole – ole yang dibawa balik ke Perak ialah, 3 jenis kek lapis (buatan ipar kepada kakakku), Kek Embun (buatan mak usu), dan dua kotak ikan terubok masin (yang diimport dari kuching…hahahha)

P1000225

Apa lagi, selepas doa, kita makan dulu…menu pada hari tersebut, laksa sarawak, roti canai, kek berdaging, kuih-muih, puding, pulut serta buah nanas & semangka.

P1000237

Gambar ni aku ambik dari foto yang aku pinjam dari anak saudaraku sebab aku tak dpt hadir ke majlis kahwin dia ni. Anak saudaraku (Rin, anak sulong kepada abangku yang no. 3) dan suaminya Aman.

P6060109

Sebelum aku berangkat pulang ke Jepun, sempat aku ambik gambar anak saudaraku yang ke-21, Jasmin Aminah(dalam dakapan bapanya), semasa adik beradikku menghantar aku ke airport sibu.

Kepulangan aku ke Jepun memberi satu memori indah tetapi, masih ada tugas yang sedang menantiku di hadapan…Arghhhh!!!!!…