June 2008


Kepada sesiapa yang akan menyambung pengajian di Jepun, aku cadangkan agar membuat satu ‘inkan’ @ japanese seal sebelum tiba di Jepun(boleh lihat di sini) bagi memudahkan urusan terutamanya untuk membuka bank account dan membeli keitai (handphone), serta urusan-urusan yang lain. Lagi satu, dinasihatkan juga membawa lebih gambar berukuran pasport. Mula-mula datang nanti, mesti banyak pendaftaran perlu dilakukan. Pendaftaran ini memerlukan gambar untuk disertakan bersama.

“We shall die in the sea, we shall die in the mountains. In whatever way, we shall die beside the Emperor, never turning back” – Otomo no Yakamochi

Tertarik dengan kata-kata (seperti di atas) yang diletakkan di salah satu sudut Galeri 1, Yushukan, Yasukuni Shrine, menyebabkan aku nak kongsi bersama-sama di sini. Betapa bangsa Jepun pada waktu itu begitu taat setia dan patuhnya pada maharaja mereka, sehinggakan apabila berlaku kesilapan sama ada disengajakan atau tidak, sama ada memang dilakukan secara langsung oleh mereka sendiri atau oleh orang di bawah tanggungjawabnya, maka mereka akan memikul tanggungjawab….meletak jawatan atau membunuh diri.

Rugi rasanya kalau tak pergi ke Yasukuni Shrine (seperti imej di atas dan sebelumnya dikenali sebagai Tokyo Shokonsha) yang menjadi political controversy (termasuklah dari Negara China) apabila 14 ‘penjenayah perang’ (aku kurang pasti siapakah gerangannya) dimasukkan di sini(sehingga kini terdapat dalam 2.5 juta ‘mayat’ diletakkan di sini. Kiranya macam kuburlah. Tapi kena ingat tentang amalan Shinto orang Jepun ni). Kalau dah dinamakan polical controversy ni, orang luar akan menganggap 14 orang ni sebagai penjenayah, manakala pihak atasan Jepun sendiri akan menganggap sebagai patriot yang mempertahankan negara. Jadi, visit oleh beberapa orang bekas perdana menteri jepun (perdana menteri sekarang ni aku tak tahu pulak sama ada dia pergi ke situ atau tidak) menambahkan lagi kemarahan terutamanya dari Negara China tadi.

Memang aku akui Jepun ni memang kaya dengan taman @ park @ garden. Malah di sini pun shrine ni berada dalam taman. Jadi, takder ler orang menganggap lokasi ni sebagai tempat sembahyang dan berdoa jer…menakutkan bangsa lain kan (sesetengah oranglah). Taman-tamannya pun dihias indah bak seperti taman istana larangan (chewah…).

Nak masuk ke Yushukan (muzium lah tu) ni kena bayar JPY500 (bagi student macam aku). Kalau orang biasa kena bayar JPY 800. Dari tempat aku ni, kenalah naik train dari Higashi Koganei (Chuo Line rapid service) dan berhenti di Yotsuya, kemudian bertukar platform untuk menaiki Chuo Sobu Line Local Service dan berhenti di Ichigaya (Hosei University, Ichigaya campus terletak berhampiran dengan stesen keretapi ni dan juga berdekatan dengan Yasukuni Shrine). Selain naik JR, boleh juga naik subway dan berhenti di Kudanshita station (paling dekat).

Terdapat antara 16 @ 17 galeri dalam Yushukan ni (aku kompius sikit). Setiap galeri membawa tema yang tersendiri, bermula dengan pembentukan Negara Jepun (serta nama-nama maharaja yang mempunyai keunikan yang tersendiri, armor dan pakaiannya serta swords yang digunakan. Galeri yang seterusnya pula berkaitan dengan maklumat-maklumat tentang penjajahan yang dilakukan oleh Negara-negara seperti Amerika, British, Portugis, Belanda dan sebagainya sehinggakan menimbulkan kebimbangan oleh mahajara Jepun takut Negara mereka juga dijajah dan baginda mengarahkan agar dilakukan pembentukan dan pemantapan kemahiran askar-askar Jepun. Ada juga galeri yang berkaitan dengan kronologi perundingan dengan Negara-negara yang menjadi sekutu Jepun sehingga tercetusnya Perang dunia 1 dan 2, serta kronologi tercetusnya peperangan dengan China dan sebagainya. Antara galeri yang menarik perhatian aku juga adalah adanya satu sudut berkaitan kedatangan Jepun ke Malaya. Catatannya adalah seperti berikut:

“Malay Campaign (December 8, 1941 – February 15, 1942)

This crucial campaign was intended to capture Singapore, the largest British military base in the Far East. The 25th Army, commanded by Lt Gen. Yamashita Tomoyuki landed on the northern part of the Malay Peninsula at the very beginning of the war, and crossed the peninsula in a 1100km march. On February 15, Singapore, the symbol of British supremacy in the Far East, fell”.

Wajah-wajah mereka yang di “enshrined” di Yasukuni ni diletakkan dalam satu galeri yang lain (gambar foto, cuba bayangkan terdapat dalam 2.5 juta orang). Aku tak tengok sangat wajah-wajah ni, setakat seimbas lalu jer. Cuma aku baca satu surat yang dihantar oleh salah seorang dari mereka kepada isterinya….(beremosi siot) terasa sebak sikit apabila baca surat tersebut, macam tahu jer yang dia takkan dapat berjumpa dan melihat wajah isterinya lagi selepas itu. Segala peralatan-peralatan yang digunakan oleh askar-askar Jepun untuk berperang, termasuk kapal terbang, torpedo, dan replica kapal navy bagi membawa torpedo-torpedo ni di letakkan satu galeri yang lain…

Bagi peminat-peminat sejarah (terutamanya yang ingin mengetahui kenapa Jepun ingin menjajah Asia Tenggara – dari perspektif Jepun sendiri), aku syorkan agar Yasukuni (khususnya di yushukan) dimasukkan dalam salah satu itinerary bagi tempat yang perlu dilawati. Disebabkan adanya satu tempat untuk mereka berdoa, mungkin juga ada yang rasa kurang selesa. Terpulang kepada diri masing-masing…ja mata ne.

“Wah man, ko ni asyik berjalan jer. Ko pegi study ke ataupun pegi melancong @ melencong????”…heheheheh, perbualan seperti ini mesti terlintas di hati masing-masing erk. Cuma tak sampai hati nak meluahkannya jer. Tak per…aku faham, seperti dalam iklan kat Malaysia tak berapa lama dulu, “Aiman tak kisah”…. Dah ada peluang kat sini, gunakan sepenuhnya, jangan dibazirkan walau sedetik waktu pun….hehehhehehe…

Oklah, berdasarkan tajuk kat atas tu, ya benar, aku dah pergi ke Epson Aqua Stadium (diberi nama stadium tu sebabnya, ada event bagi melihat dan menonton ‘adik-adik’ dolphin menunjukkan aksi-aksi yang menggoda jiwa, serta si ‘abang’ (????) / ‘kakak’ (????)penguin berjalan tergedik-gedik kat atas pentas….best siot…). Sebenarnya, kalau ikut perancangan memang tak dak plan nak ke situ. Tetapi sebaik sahaja aku sampai kat stesen shinagawa (ada appointment ngan sdra abg ekhsan dan keluarganya utk berjumpa kat stesen tu), abg ekhsan call dan bagitau dia sampai lambat. Memandangkan aku dah tiba sana pukul 11.30 pagi (appointment pukul 12.45pm…cewah, berlagaklah tu nak apply budaya jepun konon, tiba awal sebelum appointment….hehehhehe…). nak tak nak, aku kena cari satu port untuk ditujui, taklah bosan menunggu. Memang aku respect ngan Jepun ni, mana taknya, segala maklumat ada di mana2, aku terus ke papan tanda berkenaan map di area tu, aku carik tourist spot dan tertarik dengan lokasi Epson Aqua stadium ni. Lagipun, paling dekat dengan stesen ni jugak. Apa lagi, dengan rasa bangga dan syoknya hati sebab masa dapat diisi dengan sebaiknya, aku terus ke tempat tu. Imej kat bawah ni menunjukkan pintu masuk ke Epson Aqua Stadium (sambil menikmati onigiri, aku cekup gambar ni).

Bayaran masuk adalah JPY 1800 seorang untuk sehari (for adult). Bagi kategori yang lain, bayaran berbeza dikenakan (boleh keluar sekejap dan masuk semula). Nak dipendekkan cerita, selain dolphin dan penguin, kat tempat ni kita dapat melihat ikan-ikan gergaji, ikan buntal, beberapa ikan macam dalam cerita finding nemo, ketam giant, ikan pari, ikan berat sebelah (entahlah, sebab aku tengok dia baring menyenget jer..sebenarnya aku tak faham tulisan kanji..so belasah jer lah) dan byk lagi. Gambar-gambar kat bawah ni aku ambik untuk dikongsi bersama. Aku tak de masa nak mengolah cerita tentang gambar-gambar ni. Pandai-pandai korang lah buat cerita sendiri, aku peduli apa….kekekekek.

Pagi ni aku terima satu emel dari someone (nama telah disabled) yang berkaitan dengan ‘miscommunication’. Jadi aku nak kongsikan dengan  semua…lawak pagi jumaat…

Beginilah jadinya….

—————————————————————————-

A co-worker got a pen stuck inside our printer. He started to try and remove the pen, but I told him we don’t have time for that now, just put a note on the printer telling folks not to use it and then report it to the Help Desk. So he grabbed a piece of paper and scrawled on it. I left before he finished the note.
About 20 minutes later, one of my techs comes in laughing and says he was just in the lobby, saw a piece of paper on a printer and went to investigate.
Attached is what he found. Sometimes things don’t always come out the way you want them to……..

Baru kejap tadi Miao memberikan satu klip video berkaitan tai chi kepada aku…ini sudah cukup baik…bolehlah praktis kat rumah atau kat koganei koen selepas ni. Dia beri klip video tu pun selepas berborak dengan dia (bersama dengan sorang japanese tentang martial art). Aku bagitau dia yang aku ada membeli satu buku yang berkaitan dengan tai chi dan aikido. kat kuching aku tak sempat nak belajar @ praktis tai chi. ni dah jumpa org yang betul-betul datangya dari China, nampak gayanya aku kena utilize mereka ni sebaik-baiknya….kekekekeke…

Untuk menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan salah satu factor yang penting ialah hubungan yang baik, mesra dan rapat di antara supervisor dan supervisee. Jadi, untuk mewujudkan hubungan yang baik dan mesra ni tak semestinya hanya berbincang tentang research semata-mata tetapi juga mencakupi dalam pelbagai pelbagai perkara. Macam hari ni, supervisor datang ke lab aku dan membawa satu printed magazine keluaran june (pages yang related jer) utk ditunjukkan kepada aku dan yang lain tentang namanya tersenarai dalam ranking utk table tennis 2nd division. Wah..tahniah prof….(memang aku tak nafikan, supervisor aku memang aktif dalam bidang table tennis ni..kalau ada table tennis tournament, mesti dia join punya). Gelak tawa dan jokes yang aku dan lain-lain buat termasuk supervisor sendiri, mewujudkan satu environment yang menyeronokkan dan tiadanya ‘gap’ antara kami. Jadi sekiranya nak discuss tentang hal-hal yang lain, takde lah nak malu-malu atau serius (dalam erti kata lain, tak perlu formal lah).

Apabila menonton berita pagi di tv pagi jumaat lepas, macam menarik jer aku tengok (memang pun menarik terutamanya kepada kanak-kanak) apabila salah seorang pemvaca berita menunjukkan beberapa barangan yang dipamerkan di International Tokyo Toy Show 2008 (ITTS2008).

Aku tak melepaskan peluang utk melihat secara langsung International Tokyo Toy Show 2008 yang diadakan di West Hall, Tokyo Big Sight, 20 – 22 Jun 2008. Show ini hanya dibuka kepada umum pada 21 – 22 Jun (20hb hanya utk bisnes shj).

Utk ke sana, aku perlu menaiki train dari tempat aku (Higashi Koganei Stn.) ke Shinjuku Stn dengan Chuo Line kemudian bertukar platform untuk ke Osaki dengan Yamanote Line. Sampai di Osaki, sekali lagi aku perlu bertukar platform untuk ke Kokusai Tenjijo Stn. dengan Rinkai Line. Dari Kokusai Tenjijo Stn, berjalan kaki lebih kurang 6-7 minit.

Sampai kat Tokyo Big Sight, rupa-rupanya ada lagi pameran-pameran yang lain diadakan di situ seperti Automative Parts Product Solution Fair 2008 dan Architectural Design Show. Pameran-pameran ini diadakan di hall yang berbeza.

Dalam ITTS2008 ni, memang ramai kanak-kanak yang dtg untuk melihat hero-hero mereka ini secara langsung, (nama-nama hero ni aku tak ingatlah…kalau anak-anak saudara aku mesti diaorang tau nama-nama mereka ni, mcm pelakon utama untuk ultraman, sinchan, hello kitty, etc.). Yang paling aku salute dengan masyarakat Jepun ni, mereka ni sanggup berbaris panjang untuk menyaksikan sendiri, mencuba dan membeli barangan-barangan yang menjadi ikon dan idola mereka. Kalau di Malaysia, minta maaflah (mungkin termasuk aku kottt), malas nak layan permintaan anak-anak kalau mereka teringin nak bersua muka dengan hero-hero rancangan kartun yang mereka minati. Lagilah kalau mereka melihat barisan yang panjang, terus blah dari situ. Dalam banyak-banyak booth yang dipamerkan, booth Tomiya, Sega, dan Bandai paling panjang barisannya.

Jadi, aku kongsikan beberapa gambar untuk tatapan semua khususnya kepada anak-anak saudaraku yang meminati rancangan kartun Jepun yang ditayangkan di Malaysia.

Next Page »