Fuhh!!! sedar tak sedar hampir 2 minggu tak update blog. Semuanya gara-gara kena concentrate dengan case study(yer ker concentrate????…hehehhee). Apa-apa pun, baru lepas balik dari discussion PhD progress dengan supervisor…Perghhh….hampir dua jam dok present dpn supervisor (dua benda kena present, satu tentang salah topik yang aku baca dari buku yang ditulis oleh supervisor kesayangan aku tu, dan satu lagi present tentang progress PhD). Untuk progress PhD, hari ni aku present tentang case study yang aku buat setakat ni di mana aku menyentuh tentang hasil semiformal specification (hanya orang formal method jer yang tahu) yang dah dibuat (tapi sejujur-jujurnya, tak de lah yang terbaik yang aku lakukan, sebab ada beberapa part dlm specification tu kena modify..yang ni pun tgh present baru nampak logic error). Komen dari supervisor…wahhh… u made a very good progress…based on my experience…to master the language itself, you’ll need more time to do it….akhirnya….kembang dan merahnya hidungku di kala ini.

Pagi tadi aku ke malaysia embassy di shibuya (dah inform dengan Miao yang aku akan masuk lewat sikit ke lab). Tujuan aku ke sana nak serahkan dokumen yang perlu utk pembayaran tuition fee bagi semester kedua 2008 nanti (bermula oktober 2008). wah!! aku dah dapat surat dari student affair agar pembayaran dilakukan sebelum 30 september ni….once settled, baru lega rasanya. tapi sebelum balik tu, sempat jugak berborak dengan pegawai yang in-charge hal ehwal student malaysia di jepun, En Redha namanya. Sebelum ni, setakat beremel jer. Baru hari ni berpeluang beramah mesra dengannya. Aku dapat berjumpa dengannya pun selepas Funahashi-san yang introduce kan aku dgn en. Redha ni.

Kat lab pulak, aku ngan Miao berborak dgn progress phd ni…aduhai…apa nak dipresent nanti.. tgh stuck dengan semi-formal spec…jumaat ni nak kena present pulak.. Miao pun aku nampak, makin tension jer…entah apa-apa yang keluar dari mulutnya…(sabar Miao…kita serupa…hehehehe…).

Sambil-sambil merehatkan minda, aku baca jugak malaysia online newspaper …adoiiii..apa nak jadi ngan malaysia ni…dah jadi haru biru jadinya…belum habis dengan isu minyak, naik pulak isu liwat meliwat…dah gila ker diaorang ni?…semakin tepu otak mengenangkan hal-hal dunia ni….

Apa-apa pun, tatkala ini, di ketika ini, aku masih di sini, tetap tenang di persekitaran yang mengasyikkan dan membuai jiwa….(kekekekeke..sharin, ni ke yang ko kata man mat jiwang?????)..sebenarnya aku sendiri pun tak faham apa yang aku tulis utk para akhir ni….baik aku blah dan balik ke rumah jer..jogging lagi baik. dapat jugak ‘mencuci mata’ dan anggota-anggota badan yang lain….hahahahahaha.