pelbagai_misciconAha..sekali tengok mcm mi goreng, tapi dua tiga kali jeling, mmg yakisoba… yang specialnya, yakisoba yang dimakan pada hari sabtu lepas adalah resipi dari Shizuoka. Aku di’invite’ oleh rakan jepun aku ke rumahnya. Bukan aku sorang jer, malah ada beberapa org lagi..Yang paling aku bangga ialah apabila aku sorang jer ‘gaijin’. Yang lain-lain tu, semua japanese. Aha…diaorang, apa lagi, cong ceng cong ceng ler berborak..nasib baik juga yang basic2 tu aku paham, member yang invite aku tu, asyik jer tanya..man, ko faham tak? …aku pulak kesian kat dia…jangan risau, aku paham..cuma kalau diaorang dah cakap laju sangat tu, aku susah nak tangkap..aku serkap jarang jer lah…

yakisoba

Apa yang aku nak sharekan kat sini ialah tentang budaya jepun ni…1. pembersih,  2. memang rajin, 3. sangat peramah dan open-minded kalau dah kenal dan rapat, 4. cara berfikir. Apabila kawan aku menjemput datang ke rumah dia…mak aii, simple, kemas dan bersih… hahahah..dapat jugak idea utk renovate dapur rumah aku nanti di samarahan… ‘dining bar’ style..Dari segi memang rajin ni…berkaitan jugak dengan pembersih..kalau dah tak pembersih tu, memang ler malas erk… no comment on this matter….mentang-mentang semua yang hadir dlm party tu, orang bujang/dara (yer ker???…yang pasti..yang lelaki semua masih bujang dan perempuan2 tu..aku tak sure segan pulak nak bertanya…amboi..kontrol macho nampak…), jadi diaorang tak malu bercerita pasal hal kehidupan diri sendiri, sehinggakan dari hal-hal ‘gerek’ masing-masing, pakaian yang diminati dan juga dari hal2 kerja..just imagine, aku berada di rumah kawan aku tu, dari pukul 2 petang sehinggalah puku 9.30 malam. Pendek kata, macam majlis single party pulak (bachelor party erk???)… member aku tu, tunjukkan koleksi dvdnya (aha..no pirate2 dvd arrr!!!!..aku pulak yang malu dengan koleksi dvd ku..)dan berkesempatan jugak menonton konsert madonna di london (member aku tu memang minat giler baban dengan madonna..setiap single song madonna dibelinya).

Semasa tengah makan, seorang lagi member (yang baru aku kenal hari tu), menghidangkan roll cake dan roti berinti (tak tau pulak aku nama resipi ni) yang dibuatnya sendiri. Apa yang aku dapat belajar dari sini ialah, rata-rata, teman-teman yang hadir mengatakan….”ko memang lelaki sejati”..(tak sure kalau di translate ke english memberi makna yang sama….”You are the man”). Tergelak sendiri apabila kalau di malaysia (berdasarkan pengalaman sendiri), jika ada member lelaki yang masak sendiri pastu dia hidangkan kat teman-teman…ahahahha..”ko ni ada ciri-ciri kewanitaan ler bro…”

Apa2pun, memang enjoy hari tu, selain dapat menambah kenalan, dapat juga menambahkan pengetahuan antara budaya ni. Sebelum balik, member aku mengajak aku utk attend christmas party pulak hujung minggu ni…hmm…nak bagi hadiah apa pulak ni…

p/s Teman aku bertanya…”matto, kalau ko jadi japanese nanti, ko plan nak menetap di area mana??? lama juga fikir, dan at last…aku cuma jawab, pinggir tokyo kot…sebab? experienced, benri, enjoyable, honto ni kantan desu…kalau mcm tu, tinggal kat area Adachi-ku ler…dekat area aku ni…hahahha…”insya Allah, please pray for me, Ken.

Apabila menggunakan term ‘party’, nampak macam happening jer kan.. hahahhah..apa2pun, sebenarnya ada pertemuan di antara oversea students (yang belajar di hosei univ., koganei campus) dengan pihak admin di sini pada pukul 12.30 tengah hari semalam. Sebaik saja tamat PhD discussion dengan supervisor, aku dan Miao sama-sama ke sana. (Supervisor aku menyusul kemudian).

Pertemuan ni, boleh dikatakan mcm program makan tengah hari bersama ahli keluarga sambil berborak-borak mengenai hal masing-masing. Setakat yang hadir, didapati international students ni datangnya dari China, Taiwan, Korea, India dan Malaysia (aku ler tuh). Dua orang exchange students dari Vietnam juga hadir di party tersebut.

Yang seronoknya, aku dapat berborak dengan sorang PhD student dari India (lebih detail, dtg dari Bangalore), masuk tahun kedua di sini. Aku gelarkan dia sebagai ‘Sonali Bendre’, wajahnya tak tumpah seperti pelakon Bollywood tu… (nama sebenarnya ialah Geetha Hiremath). Borak punya borak rupa-rupanya dia tinggal tak jauh dengan apartmen aku…Larr..apsal tak pernah jumpa sebelum ni. (Dalam hati, lepas ni bolehlah selalu jumpa dia…kekekekeke…Astaghfirullah…..’Ya Allah teguhkanlah iman hamba-Mu ini’…jauhi aku dari godaan Syaitan yang durjana).

Sambil makan-makan tu jugak, setiap orang memperkenalkan diri masing-masing, dimulai oleh International Committee & Advisor of Foreign Students dari Faculty of Engineering dan Fac. of Comp. Science, seterusnya oleh ahli-ahli admin yang lain. Sehinggalah kepada giliran pelajar-pelajar pulak termasuklah aku…..”Konnichiwa, watashi wa Matto Abudouru Rahuman desu. Mareshia kara kimashita. Yoroshiku onegaishimasu”.