Geli hati aku apabila sambil melipat kaki seluar track sebelah kanan sehingga paras lutut sebelum menaiki basikal menuju ke gym, aku perasan bagaimana aku pernah gelak dan mengatakan tak senonoh betul apabila terpandangkan segolongan remaja yang memakai seluar panjang dan dilipat salah satu kaki seluar dan ada yang sehingga ke paras lutut. Nah…baru aku rasa, gelak dan tawa sinis itu dah terkena diri aku sendiri…(kekekekeke…maknanya, aku sendiri dah termasuk dalam golongan yang tak senonoh tersebut…ambik ko man..rasakan…!!!!). Tapi utk menyedapkan hati, aku lipat sebelah  kaki seluar pun ada reason gak…nak elak dari kaki seluar sebelah kanan terkena rantai basikal….jadi, taklah seluar aku jadi kotor atau boleh menyebabkan seluar aku terkoyak dan lagi teruk, aku sendiri tercedera apabila seluar aku terbelit di rantai basikal tersebut….Hehehehehehe..logik jugak reason tu…jadi, pemikiran kali kedua aku, dapat mematahkan kesimpulan yang dibuat kali pertama tadi.

Pernah jugak dalam hal yang berkaitan, aku tanya dengan anak saudara aku yang jenis suka menjawab jugak (aku pun suka melayan gak bebudak2 mcm ni). Dipendekkan cerita, aku tanya, apasal suka sangat pakai seluar panjang, pastu dilipat sebelah kakinya…Baik pakai seluar pendek jer, tak menyusahkan diri nak melipat, pastu, kalau selalu melompat-lompat akhirnya sebelah kaki yang dilipat itu akan terurai gak, penat lagi nak lipat balik… Anak saudara aku jawab, “ikut trend, kalau pakai seluar pendek, nampak aurat, tak berkat main nanti”…woit…jgn jwb lebih-lebih arrr, aku potong duit raya nanti..baru melalak ko melutut depan pakcikmu ini….

Hidup kita ni seperti ada pantulan, kita kutuk, menghina,  dan sebagainya terhadap orang lain, sebenarnya perkara yang sama akan dipulangkan kepada kita…Jadi, selalulah memuji orang supaya yang dipulangkan nanti dapat kepujian dari orang lain utk kita….tapi, kena ikhlaslah erkkk….jangan lah pulak seperti “ada ikan disebalik batu”.

Arghhh!!!…tensennya tak dpt nak kutuk org bln puasa ni. Kalau kutuk orang habis-habisan hingga tahap ‘KO’  gerenti batal puasa ni..tapi kalau mengata orang waktu slps berbuka, orait jugak…kekeekekek..(hmmm dari satu sudut, logik jugak..apa2 ler man).

Ntah mcm mana malam tadi, ada satu situasi yang menyebabkan aku hampir nak mengutuk… tiba-tiba teringat bulan puasa …aku terus terdiam mulut dan hati….kekekekeke(hari ko baik kali ni bro)…berkat bln puasa….tapi pemikiran aku terus teringat tentang org tua di kampung (mana-mana yang berkenaan)…bulan puasa ke, dtg bulan ke, takde bulan ke…kalau dah nak mengutuk tu, gerenti jadi jugak… terngiang-ngiang lagi kat kepala aku yang aku dengar sendiri apabila seorang makcik merespon apabila seorang kakak ni menegur emaknya supaya berhentilah nak kutuk orang…dengan segera emaknya respon…”Aku bukannya nak mengutuk budak tu…tapi yalah kan, kita cuma mengenang kenapalah budak tu buat camtu…”. Terkekek-kekek aku gelak apabila mendengar term ‘mengenang’ yang dicakap makcik tu. Pandai jugak makcik ni yek dalam bermain kata-kata…Hakikatnya, apa yang aku faham, apabila bercakap pasal orang lain tanpa pengetahuan orang tersebut dah dikira mengutuk, mengumpat atau mengatalah kan…(tetapi penggunaan dalam konteks yang berbeza dan memerlukan penjelasan yang lebih detail). Wah!! dah boleh jadi satu thesis ni.