Baru habis discussion dengan supervisor berkaitan dengan projek…. Minggu lepas dah buat appointment dengan supervisor utk discuss perkara-perkara yang berkaitan dengan requirement analysis & specification of automobile driving simulation system…hmm…hmm…..lepas discussion, aku tergelak sendirian, apabila aku gelarkan pertemuan hari ni sebagai role-play discussion. Mana taknya, aku kena assume aku ni sebagai analyst manakala supervisor aku pulak sebagai expert dlm bidang automobile driving simulation ni. (macam projek untuk undergraduate studentkan.tapi tu yang syoknya study kat japan ni). Kalau di Malaysia, supervisor nakkan yang high standard (bukan semua supervisor begitu).

Apa yang berlaku hari ni, aku kena gather and documenting all required information regarding automatic driving simulation (informal analysis ler tuh). Dah dinamakan analisis di peringkat awal, memanglah maklumat bercelaru jerk…supervisor pun pening-pening jugak dibuatnya…nasib baik supervisor aku ni cool jer..dua-dua buat lawak. Jadi next discussion dgn supervisor, aku akan kemaskini maklumat-maklumat yang diperoleh hari ini(classify dan re-group similar information), then try to come up with the decomposition of function (for all functions if possible). Hasilnya nanti, aku kena analyse balik document ini untuk mengenalpasti apakah constraints yang akan/mungkin wujud.

Ni baru nak buat requirement spec dah pening lalat, belum lagi nak buat semi formal dan formal spec nanti. Apa yang aku pelajari hari ni, aku cuba memahami bagaimana nak dptkan, extract, classify, regroup dan sebagainya untuk maklumat lebih detail dari user sehingga ke lubang cacing. Ini penting kerana, daripada sinilah aku kena kenalpasti dan mencadangkan intelligent method yang boleh diapply bagi membantu user menghasilkan formal spec based on human intelligent behavior. Wah nampak macam hebat jerk….kekekekkeke…(sebenarnya memang mencabar pun…aku sendiri pun tengah ‘angolzz’ jugak.

By the way, pray for me and wish me good luck.

pelbagai_miscicon.jpgDah lama aku tak update blog ni. Semakin hampir aku nak pergi buat PhD, semakin tak cukup tangan rasanya nak setelkan benda2 yang perlu disetelkan sebelum fly nanti. Nasib baik setakat hari ni, aku dah siapkan final exam question untuk bebudak nanti, dan esok merupakan last day aku mengajar bebudak AI. Satu segi, nampak lega sedikit, cuma perlu setelkan assignment 2 marking untuk diaorang..Kesian bebudak aku nih…nak buat camnerkan…diaorang pun faham gak.. Ahad ni pulak aku habiskan lecture untuk bebudak OUM…(aku discuss ngan diaorang time tutorial sebelum ni untuk reschedule masa tutorial 5, dan diawalkan ke 9hb ni (sehari selepas PRU-12)..Barang2 kat ofis belum di packing lagi. Lagi ler barang2 aku kat rumah tuh…hmmm..certain2 perkara dah brief adik bongsu aku untuk jaga rumah sepanjang ketiadaan aku selama 3 thn (Insya Allah). Disebabkan banyak benda kena buat, sehinggakan hari ni aku dah tak larat, dan malam tadi kena serang ‘migrain???’. Tu yang lunch tadi pegi ‘berubat’ dengan makcik aku…dunia..dunia…poning..poning…