Sepatutnya, 1 April lepas aku dah berangkat ke Tokyo, Jepun bagi meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu di sana. Memandangkan sehingga ke hari ini aku masih belum menerima satu lagi dokumen (certificate of eligibility (COE), yang dikeluarkan oleh pihak imigresen, Tokyo Japan) yang diperlukan untuk membuat visa, maka flight yang dijadualkan pada 1 April terpaksa ditunda ke tarikh lain sehingga aku menerima COE tersebut. Selepas berkomunikasi dengan supervisor aku di sana nanti serta pihak admin di Hosei University berkaitan bilakah aku akan menerima COE, mereka sedia maklum dan kebiasaannya COE tersebut akan siap dalam tempoh seawal-awalnya sebulan dari tempoh permohonan. Hmm..maknanya, aku sepatutnya menerima COE pada tgh bulan 4 ni…

Justeru, di ketika ini, bagi memenuhi masa yang terluang (aku dah diapproved oleh pihak HRM dan kementerian untuk study leave bermula 1 April). Jadi, selain pegi berziarah ke rumah-rumah saudara-mara, aku pergi jugak ke ofis. Semua dokumen dan fail-fail dah dimasukkan dalam kotak-kotak untuk disimpan di stor nanti…hmmm nak minta bantuan staf admin untuk tolong punggah dan bawak kotak-kotak aku nanti (dalam 5 kotak semuanya)…jenuh jugak nak angkat sorang-sorang tu.

Walau macammanapun, dah free sangat pun boring jugak. Kalau busy pun lagi susah.. Hmmm…biasalah manusia, dah free pun susah, busy pun susah memang sentiasa nak komplen dan tak puas hati.