Banyak2 buku berbentuk biografi yang aku baca, buku “Harapan utk Islam Hari Ini” benar-benar mencabar minda aku utk memahami, menaakul dan refresh balik ilmu agama yang aku dapat sebelum ini. Baru muka surat pertama..memang sah buku ini pasti diharam penjualannya di Malaysia (ataupun dah diharamkan???). Buku ni merupakan terjemahan dari versi asal “The Trouble with Islam” yang ditulis oleh Dr. Irshad Manji. Aku dapat tahu mengenai buku ini pun selepas ditelefon dan dibagitau oleh member yang bersemangat dan berkobar-kobar utk memberitahu aku…tq a lot bro..u know my “appetite”..kekekekkekeke…

Jadi sebelum aku dapatkan versi asal dalam English, aku baca dulu versi terjemahan bahasa Melayu(yang sedia ada di laman web Irshad Manji ni, klik ke sini). Cuma peringatan dari aku, jika anda benar-benar nak membacanya, pastikan anda berfikiran terbuka. Aku takkan cerita lebih-lebih…aku serahkan kepada diri anda sendiri utk menilai buku ini…Jujurnya, buku ni amat menarik utk dibaca, difikir, dinilai, dan dibincangkan secara khusus…memang benar-benar mencabar minda aku serta dapat menambahkan pengetahuan aku, terutamanya tentang isu di Timur Tengah (negara arab, palestin dan israel)..Malah, aku sendiri pun tak tahu langsung perkembangan kat sana, asal kejadian sesuatu perkara itu terjadi dan apakah usaha2 yang telah dilakukan tetapi masih gagal??)

Apa yang menarik apabila membaca buku ini ialah dari segi buah fikiran dan fakta-fakta yang dikemukakan oleh beliau dalam memperkukuhkan ideanya…malah beliau sendiri ke tempat tersebut utk mengetahui lebih lanjut dan merasai sendiri pengalaman tersebut…pendek cerita..research yang dilakukan adalah amat teliti.

Jadi, selamat membaca kepada yang berminat..

Fuihh….baru lega baru dapat access internet. Selama seminggu aku tak dpt nak access (walaupun boleh gi cyber cafe, malas lah plak) sebab campus aku tgh buat maintenance..mentang-mentanglah student tgh summer vacation, jadi time nilah diaorg nak manage apa2 yang patut. Lagipun, satu bangunan baru (utk engineering dept) nak dibuka utk bln 10 nanti. Jadi diaorg buat electrical & routing testing.

Jadi, apa yang aku buat selama seminggu ni…hahaha..apa lagi, aku gi ler window shopping, door shooping, hmmm..apa2 yang berkaitan ngan shopping.. Almaklumlah nak mengisi masa terluang. Aku gi kinokuniya, (ulat buku gak aku ni) , pantang tengok mega sale, memang rambang dan kelabu mata tengok harga murah, apa lagi aku rembat buku-buku yang aku berkenan (Spt dalam gambar kat bawah).. Sempat gak aku beli buku “Who Moved My Cheese” (aku dapat tahu berkenaan buku ni pun dari blog senpai aku..). Amat menarik untuk dibaca, mudah difahami, dan boleh direlate dengan kehidupan seharian. Apa yang perlu kita buat ialah, kenal pasti jenis diri kita (berdasarkan 4 watak yang dihuraikan) dan mulakan destinasi untuk mencari dan melalui destinasi dalam kehidupan.. Ringkasnya, kita ni asyik nak menyalahkan orang lain atau environment jer, kena check diri sendiri gak..macamlah kita ni bagus sangat…(alamak..apa yg aku melalut ni).

Pastuh, sambil belek-belek buku travel utk ke London, teringat plak member aku kat sana, aku terus call (hehehehe…terkejut ‘panda’ dia, tak sangka aku call…)man…ada plan nak gi london ke thn depan????hehehehe…

Hari berikutnya, tak tahu gak nak buat apa, hahahahah, apa kata aku gi beli baju utk autumn…hmm..menarik gak idea ni, aku terus gi Gedung Uniqlo, last2 aku rembat 3 baju lengan panjang dan satu sweater..kira cukuplah utk kali ni…kalau tak cukup, winter season nanti boleh beli lagi….kekekekeke (byk ler ko punya duit mannnn ooooiii).

Penghujung summer ni, asyik nak hujan jer kat area aku ni. Lebih kurang 4 bln aku kat nippon ni, aku dah ada 5 koleksi payung…(tak boleh nak tunjuk, kalau kakak dan mak aku tengok, kompem diaorang dah ‘booking’ ni).

Apa lagi aku nak cakap ni erk…aha…buat housekeeping gak kat rumah aku…hahaha,,apa lagi, dah kira bersih dan lawa tu, aku tangkap ler beberapa gambar utk kenangan…Tapi aku tak plan nak masukkan dalam entry ni, sebab aku nak masukkan dalam posting yang akan datang berkaitan dengan arm’s de la apato.Kalau kat rumah aku di samarahan pulak, aku beri gelaran sebagai ‘Baet de la arm’ . Hmm..mentang-mentang belajar bbrp bahasa, aku utilize ler apa-apa yang patut..aku peduli apa dengan perosak bahasa..(apa yang aku merepek pun aku tak tau, barangkali excited sgt sebab dah boleh access internet kot…rindu ngan internet ler tuh…hahahahah)..ciao.