Seronok juga menjadi pelajar semula. Kali terakhir aku menjadi pelajar adalah pada thn 2005 lepas utk master study, di University of Aizu, Japan. Hari ini juga aku berkenalan dengan seorg lagi pelajar dari Shanghai, China, juga PhD candidate (aku panggil dia sebagai Miao-san), duduk di sebelah meja aku. Sebenarnya, meja aku dan meja dia bertentangan, dan masih dalam partition yang sama. Miao dtg 2-3 hari selepas ketibaan aku di Tokyo dan aku belum bersua muka lagi dengan dia sebelum ini. Miao menghadiahkan teh yang dtgnya khas dari China kepada aku, dan aku pula menghadiahkan sedikit brgan dari msia kepadanya. Kalau di Jepun (walau pun kami berdua bukan dari Jepun), memang menjadi budaya mereka utk menerima dan memberi hadiah (walaupun tak compulsory), tapi seronok sebenarnya apabila dapat memberi dan menerima souvenir.

Seperti yang dijanjikan, aku dan Miao berjumpa dengan supervisor utk membincangkan tentang hala tuju utk PhD kami berdua. Perbincangan yang mengambil masa tidak lebih dari 3 jam, 2 topik (1 topik utk aku dan 1 lagi utk Miao) yang berkaitan dengan Formal method. Dlm masa yg terdekat ini, aku perlu memahami tentang system yang mudah dan sedia ada sbg case study. Perbincangan seterusnya adalah pd 23hb nanti.