pelbagai_misciconAha…time tension-tension mcm ni, seronok jugak layan artikel lawak seperti yang aku sharekan kat bawah ni. Dapat jugak melonggarkan otot2 yang berkaitan…hahahaha..

———————————————————————–

Saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya mempunyai 15 adik-beradik. Saya anak ke 7 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak saya semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolah-olah memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat sangat. Saya malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, menunjukkan malunya saya pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga.
Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la saya cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana saya nak hadapi semua tu?
Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!!
Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke? Tempik aku penuh semangat.
Apa yang kau nak malukan sangat? Tanya abah saya serius.
Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni. balas aku penuh keyakinan.
Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!

Lerr…tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau tak rajin bertanya. Bodoh sungguh saya sampai ke tulang.

malayan_tapir

Arm’sT: Malu tak bertempat..tapi satu sudut, better berusaha sendiri sehingga tak termampu, then barulah mintak tolong orang lain.

Aku terima message dari sepupu aku yang berada di Kuching…mati-mati aku ingatkan dia marah kat aku sebab tak contact, rupa-rupanya dia sent satu lawak kat aku….sehinggakan terkeluar air mata sebab tak tahan dengan lawak ni.. Jadi aku nak sharekan sekali ngan korang…(sebenarnya, artikel ni pernah keluar dalam majalah mastika, versi yang lebih panjang..tak tahu vol yg ke berapa…).

————————————————————————————-

Tijah ingin break dengan bf omputihnya dengan mengutuskan sepucuk surat yang berbunyi seperti di bawah ini.

***************************************************

Hi,

My motive write this letter to give know you something. I want to cut connection us. I saw you play wood 3 in front my eyes. So, I break connection to pull my body from this love. I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. I don’t trust you again. You are really crocodile land! I don’t want you to play-play with my liver. I have been crying until no more eye water. I don’t want banana to fruit two times.

Safe walk.

with true,

Tijah.

————————————————————————————-

Minggu lepas, sambil berborak dengan seorang teman di kedai kasut, dia menceritakan bagaimana kasut yang baru dibelinya telah hilang dicuri ketika bersolat di salah sebuah masjid di utara tanah air malaysia (tak baik sebut directly…kecik hati warga di situ nanti). Dahlah mahal, dibeli kat oversea lagi tuh…fuhhh…”jaik ati” (kira-kira begitu sayu dan kesianlah) aku mendengarnya. Berdasarkan situasi ini tadi, aku nak kongsi bersama sebagai tatapan….nama tempat dan watak bukanlah nama  sebenar dan aku terima kisah ni dari ‘turun temurun’.

———————————————————————-

Terdapat satu kampung yang bernama kampung MuntahKeDar. Di kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni, adalah sorang laki ni. yg bernama Aman. Aman ni orang gila kat kampung ni, so..ramai la yang pandang serong kat dia. ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita…

Pada suatu hari..si Aman ni pegi la ke masjid nak semayang jumaat…heheehehe..ni educated nyer orang gila tau..semayang tak tinggal.contohilah dia ni. sedangkan orang gila pun semayang…kita  yang siuman ni pun semayang la gak ek.. ok. Lepas si Aman ni semayang jumaat,dia nak balik la  ke rumah. Masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek.aper lagi… mengamukla dia…

Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: “kepada sesiapa yang mencuri selipar aku,baik ko pulangkan cepat.!!!!!!!…” semua orang menjadi takut..ye la..orang gila kan..memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak anak bini orang kang..ha..naya.. “kepada sesiapa yang curik selipar jepun kesayangan aku tu..baik ko pulang kan cepat, diulang suaranya berkali-kali dengan muka yang kita kata ‘tak beri muka langsung’. kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!” lalu orang yang curik tu pun pulangkan la balik. Apabila orang yang mencuri tu pulangkan balik selipar jepun tu, Aman berkata “lek la bang.. gurau jek” tapi dengan muka yang serius..muka macam nak makan orang gitu…haa…lalu budak yang curi selipar dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Aman…takut ler tu…dah dasar pencuri,,,lalu tok imam pun menegur Aman dan bertanya “kalau dia tak pulangkan balik selipar jepun tadi tu, apa yang akan kamu lakukan? apa ayah kamu  lakukan?” dengan suara dan wajah yang slumber, Aman pun berkata, “Saya akan balik kaki ayam la tok”.

—————————————————————–

p/s Especially to Azar, dengan rasa penuh takzim dan rendah dirinya aku ucapkan “Hepi belated besday to u” yg jatuhnya pada 11 September yg lepas…..(pergh…teringat kisah September 11 di USA..jadi lepas ni aku tak lupa lagi ler erkk…kekekekeke…nasib baik ko remindkan aku….jadi tolong nyanyi lagi hepi besday seperti dalam filem ‘3 Abdul’. Aku doakan semoga hidup ko dimurahkan rezeki, diberkatkan dalam segala hal kehidupan, serta diberi kesihatan di tahap maksimum)…