pelbagai_miscicon.jpgBerbanyak-banyak kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Illahi apabila permohonan aku untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD telah diterima oleh Hosei Daigaku. Aku dimaklumkan oleh bakal supervisor aku di sana nanti melalui emel yang aku terima pagi tadi. Berita gembira ini aku kongsi bersama-sama colleagues yang rapat dengan aku. Insya Allah aku akan berada di Jepun sekali lagi pada penghujung bulan 3 nanti. Tolong doakan untuk kejayaan aku demi peningkatan kendiri, agama, dan bangsa.