Pukul 10 pagi tadi aku dan Miao ada presentation berkenaan dengan PhD progress report kami berdua.. Hari ini, kami berdua sama-sama buat presentation depan supervisor (regular meeting) di seminar room, level 4, koganei campus. Aku tak nak ceritakan tentang research aku secara detail pada topik aku hari ini. Tetapi, aku nak bagitau selepas presentation tu, supervisor aku bawak aku dan Miao pegi shopping (dalam kampus jer…kalau kat malaysia tu, samalah seperti di kedai koperasi universiti. Yang syok nyer, dia mintak aku dan Miao ambik apa2 jer yang berkenan. Katanya, semua akan ditanggung oleh universiti. Best jugak macam ni..so far belum ada univ di Malaysia buat sebaik ni dengan PhD students. Apa lagi, aku ambik ler dua tiga batang pen mata bulat dan dakwat(berjenama pilot), post it notes, glue, arch files, double clips dan beberapa lagi stationeries yg lain. Yang paling aku bangga dengan supervisor aku ni, dia sendiri minta aku dan Miao angkat USB drive setiap sorang ( brand Buffalo, SHD-U16GS, 16 GB, seperti dlm gambar di bawah).

Bukan setakat tu jer, minggu depan aku dan Miao akan dapat satu portable hard-disk 64GB (tak jadi masalah walaupun kecik, yang penting dapat free). Kemudian, sebelum beredar dari kedai tu, aku inform supervisor, alangkah baiknya kalau ada study lamp…apa lagi supervisor aku terus belikan satu setiap seorang, (brand NEC, 3SP18WN, seperti gambar di bawah)..pergh, caya ler supervisor…first time aku dapat supervisor yang begitu prihatin ni.

Aku dimaklumkan jugak, setiap pelajar yang baru mendaftar di universiti ini (khususnya koganei campus), setiap pelajar akan dibekalkan satu laptop. Jadi, selepas aku mendaftar jadi pelajar di sini bulan 4 lepas, aku diberikan satu laptop HP Compaq 2210b (seperti gambar di bawah).

Saudara Fendy call aku tadi, dan mengajak aku utk bersama-sama diaorang pegi ke Yokohama Aquarium pada pagi Ahad nanti… Nanti aku ceritakan pengalaman aku di sana dan cuba utk dapatkan imej-imej yang menarik supaya dapat dikongsi bersama.