May 2008


Di Malaysia, mangga adalah sejenis buah yang apabila dimakan, rasanya amat ‘menggiurkan’.. Ada yang gemar akan rasa masa keseluruhannya, dan ada jenis rasa masam-masam manis. Walau bagaimanapun, di Jepun, ada juga istilah yang lebih kurang sama bunyinya dengan mangga tetapi kalau ditranslate ke bahasa rumi disebut ‘manga’. Of course, istilah manga ini tak sama maknanya dengan mannga di malaysia. Di jepun, manga ada komik. Memang manga di Jepun ini amat famous di sini, malah menjadi kegilaan terutamanya para remaja dan belia (org tua pun ada) di seluruh dunia.

Apa yang aku nak maklumkan dlm catatan aku hari ini, tengahari tadi, aku ke ameyoko di ueno (biasalah xtvt hujung minggu, kalau tak melawat rakan-rakan, aku pegi windows shopping). Sambil mata melilau kiri kanan (byk sangat barang yang dijual dengan harga yang amat murah), aku belek satu demi satu pakaian sukan dan kasut-kasut berjenama adidas, converse, puma, nike, etc ( aku nak tekankan di sini yang semuanya original dan bukannya jenis ‘pirate’).

Kira lama jugak membelek-belek barangan (di sepanjang jalan aku masuk ke kedai satu demi satu) terasa lapar pulak. Buat sementara waktu, aku singgah ke kedai buah-buahan dan membeli sehiris buah honey dew yang berharga JPY100. Asyik menjamu selera dengan buah tu, aku ternampak pulak satu pek buang mangga (ada 4 biji semuanya, di import dari filipina, seperti dalam gambar di bawah). Apa lagi, dah nama aku ni suka makan mangga, aku tak kira rega berapa, aku beli mangga tu. Jadi aku kenalah membayar sebanyak JPY700…..yummy yummy yummy. Malam tu jugak kesemua mangga tu habis aku bedal. (sebenarnya aku tak makan nasi hari tu, jadi no wonder lah erkkk.)

Hari ni aku teringin sangat nak makan spagetti. Jadi ke kedai yang berdekatan dengan apartmen aku untuk membeli bahan-bahan yang patut (aku check kat internet bahan-bahan yang diperlukan). walau bgmnpun, aku buat beberapa perubahan. Nak nampak simple, aku guna jer bahan yang sedia ada di kedai untuk membuat spagetti (aku gunakan makaroni sahaja) dan guna perencah berwarna putih (perasa ikan tuna dan kulat), aku campur sedikit daun kucai dan capsicuum (warna hijau jer). Akhirnya……beginilah rupa bentuk makaroni yang aku panggil sebagai “makaroni de la Parashion” (tergelak sendirian)…Personally, sedap jugak dan aku evaluate beri penarafan sebagai 2 1/2 bintang….hahahhahaha…

Tidak ada manusia yang pandai sendiri tanpa ia berguru dengan seseorang ataupun dengan sesuatu sumber. Secara logiknya, seseorang itu menjadi pandai kerana ia belajar dan bila disebut belajar, ia mestyi melalui sumber tertentu ataupun dengan seseorang guru.

Pandainya seseorang itu belajar, ia adalah disebabkan adanya guru yang memberitahu kepadanya, mendidik dan memberi panduan kepadanya. Tanpa guru, mustahil dia boleh menjadi pandai. Rasulullah SAW, seorang insan yang dipilih dan diberi keistimewaan oleh Allah SWT pun ada gurunya. Baginda berguru dengan Jibrail AS di Gua Hira. Jibrail AS yang bertindak menjadi guru dan mengajar Rasulullah SAW membaca Kalamullah pertama yang dizahirkan iaitu “Iqra”. Demikian juga dengan para Nabi dan Rasul yang lain, mereka juga mempunyai guru atau sumber perantaraan untuk menerima ilmu dan wahyu daripada Allah SWT. Nabi Musa AS sebagai contohnya, berguru dengan Nabi Khidhir AS yang memberi tunjuk ajar kepada Nabi Musa AS sehingga Nabi Musa AS mengerti dalam segala hal tentang ilmu dan perguruan.

Kesimpulannya di sini, seseorang yang mahu menjadi cerdik, pintar, bijaksana malah untuk mengenali diri sendiri dan Allah SWT, seseorang itu perlu belajar. Dia haruslah mencari seorang guru yang akan bertindak menjadi petunjuk, pembimbing, pemandu, penasihat dan pembantu kepada perkembangan ilmunya. Tanpa guru, dia pasti tidak akan pandai atau mengetahui tentang sesuatu. Mustahil seseorang itu pandai dengan sendirinya. Tidak ada seseorang insan yang dilahirkan ke dunia ini terus cerdik dan mengerti tentang dunia ini. Semuanya terlebih dulu kena ditunjuk, diajar, dikembangkan, dibimbing dan seterusnya barulah seseorang itu pandai dan tahu. Apabila disebut guru pula akan terlintas di benak kita tentang manusia pada umumnya yang boleh menjadi guru kerana ia makhluk yang sempurna namun anggapan itu terlalu umum.

Memanglah sebaik-baik guru itu manusia kerana manusia itu adalah sebaik-baik kejadian. Tetapi dalam pada itu kita harus sedar bahawa tanpa bantuan makhluk lain, manusia juga tidak boleh menjadi pandai dan mengerti dalam segala hal. Allah SWT menjadikan makhluk ini untuk saling kenal mengenali di antara satu sama lain. Dalam hal ini bolehlah kita menganggap bahawa setiap makhluk yang wujud dalam dunia ini merupakan sumber pengetahuan ataupun sebagai alat untuk kita mengenali sesuatu. Maksud firman Allah:

“Aku jadikan manusia ini bersuku bangsa, untuk mengenali di antara satu sama lain untuk kau mensyukuri nikmat-Ku”.

Sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang istimewa, maka sudah sewajarnya manusia menjadi guru kepada sekalian makhluk yang lain. Binatang sebagai contohnya memerlukan tunjuk ajar daripada manusia untuk menjadi cerdik (bagi mereka yang sukakan binatang untuk menjadi binatang peliharaan). Manakala tumbuhan perlukan bantuan manusia untuk hidup dengan subur dan selamat (memberi baja, menyiram dan sebagainya). Tidak dinafikan juga, manusia memerlukan orang lain sebagai sumber untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Di sini menunjukkan kepada kita bahawa apa yang bernama guru itu tidak semestinya manusia semata-mata malah seluruh isi alam ini bertindak menjadi guru. Pemberi ilham dan pencetus penafsiran kepada diri kita untuk mengenali sesuatu kejadian itus ecara yakin dan nyata lagi. Tanpa bantuan alam maya ini dan makhluk lain, manusia tidak mungkin dapat mengetahui semua sekali baik tentang dirinya sendiri atau isi alam ini. Dalam sebuah hadith, Nabi SAW ada bersabda:

“Barangsiapa belajar tanpa berguru, umpama ia belajar dengan syaitan”

Maksudnya di sini, mereka yang belajar tanpa panduan dan ikut rasa hati sendiri akan mudah tersesat dan terpesong dari lunas-lunas kebiasaannya.

Justeru, untuk menjadi manusia yang baik, sempurna dan berada di landasan yang benar, maka hendaklah berguru. Manusialah sebaik-baik guru, yang dilahirkan bagi memberi petunjuk, pemimpin, pembimbing dan pengasuh kepada seluruh isi alam ini.

Maksud firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 30:

“Dan Aku jadikan manusia untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini”

Bersempena Hari Guru 2008 ini (walaupun dah diraikan hampir 2 minggu lepas), penulis ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua pendidik di Malaysia sama ada yang masih bekerja ataupun sudah bersara. (Walaupun sudah bersara, tidak semestinya terlepas tanggungjawab sebagai guru). Di samping itu, penulis juga selamat berjuang kepada teman- teman penulis sendiri termasuklah Azar, Ijal, Rafidah, Noorita, Shamsiah, dan semua rakan-rakan penulis yang menjadi guru (sekolah rendah, menengah malah di universiti).

Titipan berbanyak-banyak terima kasih di atas segala pengorbanan guru yang pernah mengasuh, mendidik, mengajar dan membimbing penulis sehingga ke tahap ini (termasuklah Allahyarhamah Guru Seriah, Cikgu Abdul Halim, Cikgu Siti Maimunah, Cikgu Siti Aminah, Cikgu Ngu, Cikgu Teng, Cikgu Florence (baru bersara awal Mei ini), Cikgu Koh, dan banyak lagi. Segala jasa dan pengorbananmu tetap kukenang dan setiap selepas solat penulis sering mendoakan agar rahmat sentiasa mengiringi mereka. Amiinnn…….

Hari ni aku allocate sepenuh masa aku di lab utk review conference paper yang diserah oleh supervisor aku (ada tiga paper yg perlu aku review). Kalau ditangguh nanti alamatnya tak sempat nak buat kerja hakiki (buat research sendiri). Seronok jugak menjadi reviewer sebenarnya. Selain dapat melihat teknik pengolahan, aku juga dapat melihat perkembangan terkini projek atau research yg sedang dibuat…(aku pun boleh dapat idea tentang teknik2 yg berkaitan dengan research aku…kekekekekek).

Aku dan Miao telah dijemput oleh supervisor utk attend welcoming party di salah sebuah Japanese restaurant yg berdekatan. Jadi, aku, Miao, Fumiko (salah seorg researcher di lab aku) dan supervisor pergi ke Hanaya Yohei dlm pukul 6.30 pm. Sebelum berangkat ke sana, aku dah maklumkan dengan Fumiko dan Miao tentang mknn yg aku boleh dan tak boleh makan. Mereka berdua faham dengan situasi aku disebabkan kedua-duanya mempunyai rakan-rakan yang seagama dengan aku. Lega jugak mendengarnya. Petang itu, supervisor memberi kebebasan makanan yg kami berdua nak pilih. At last, aku, Miao dan Fumiko memilih hidangan yg sama (special meal for the month) dan supervisor aku memilih soba udon. Secara umumnya, semua makanan jepun memang tidak menjadi masalah dengan aku, malah aku sendiri pun, selalu jugak ke Kappa Zushi (apa lagi makan sushi ler).

Perbualan kami byk menyentuh pelbagai perkara (tak termasuk perbincangan mengenai research), mencakupi hal – ehwal masyarakat Jepun, China dan Malaysia. Seronok jugak dapat bertukar-tukar cerita, sehinggakan tak rasa jam dah menunjukkan pukul 9 pm.

Secara peribadi, inilah kali pertama dalam hidup aku mempunyai seorang supervisor yang amat baik, kelakar, dan sempoi. Jadi, aku tiada masalah nak berkomunikasi dengannya.

Hari ni aku pegi ke Koganei City Hall utk membuat Alien Registration Card – (ARC), mcm kad pengenalan seperti di Malaysia. Mula-mula aku tiba di jepun sebelum ni, tergelak jugak apabila penggunaan term ‘alien’ digunakan. Mcm ni rupa nyer alien erkkk…(kkekekkekke). Mengikut undang-undang di Jepun, setiap foreigner yang berada di Jepun lebih dari 3 bulan dikehendaki membuat ARC, dan mesti dibuat di city hall yang berdekatan dengan tempat kita tinggal within 90 days after landing in Japan. Dokumen yang diperlukan utk pendaftaran hanyalah passport dan dua keping gambar berukuran passport. Proses pendaftaran tdk lah lama sgt, dan selepas pendaftaran dilakukan, mereka akan mengeluarkan temporary of registration card bagi memudahkan kita utk membuka akaun bank dan seterusnya membeli & mendaftar handphone. Jadi, utk dua keping temporary registration card ini, JPY 400 dikenakan. Tamat proses pendaftaran, aku dikehendaki pula ke tingkat dua utk membuat caruman insuran. Caruman ini adalah diwajibkan kepada setiap orang, tidak kiralah ‘alien’ ke atau penduduk Jepun sendiri. Cuma jumlah caruman jer yang berbeza. Faham je lah dengan keadaan geografi Jepun ni, kawasan di bawah lingkaran gunung berapi dan gempa bumi. Selain tu, typhoon pun selalu jer melanda.

Seronok juga menjadi pelajar semula. Kali terakhir aku menjadi pelajar adalah pada thn 2005 lepas utk master study, di University of Aizu, Japan. Hari ini juga aku berkenalan dengan seorg lagi pelajar dari Shanghai, China, juga PhD candidate (aku panggil dia sebagai Miao-san), duduk di sebelah meja aku. Sebenarnya, meja aku dan meja dia bertentangan, dan masih dalam partition yang sama. Miao dtg 2-3 hari selepas ketibaan aku di Tokyo dan aku belum bersua muka lagi dengan dia sebelum ini. Miao menghadiahkan teh yang dtgnya khas dari China kepada aku, dan aku pula menghadiahkan sedikit brgan dari msia kepadanya. Kalau di Jepun (walau pun kami berdua bukan dari Jepun), memang menjadi budaya mereka utk menerima dan memberi hadiah (walaupun tak compulsory), tapi seronok sebenarnya apabila dapat memberi dan menerima souvenir.

Seperti yang dijanjikan, aku dan Miao berjumpa dengan supervisor utk membincangkan tentang hala tuju utk PhD kami berdua. Perbincangan yang mengambil masa tidak lebih dari 3 jam, 2 topik (1 topik utk aku dan 1 lagi utk Miao) yang berkaitan dengan Formal method. Dlm masa yg terdekat ini, aku perlu memahami tentang system yang mudah dan sedia ada sbg case study. Perbincangan seterusnya adalah pd 23hb nanti.

Next Page »