Perghh…just went back from seminar presentation at Tokyo University @ Tokyo Daigaku (ToDai). Aku ke sana bersama supervisor dan Miao (all of us presented what we have collected so far from our study). Utk presentation tadi, I just recycled the slides presented in front of my supervisor last 2 days. Topik aku lebih berkisar tentang current tools for constructing formal from informal specification. Jadi tak byk sgt modification yg perlu dibuat…hentam saja ler labu…

Kami mula berangkat ke ToDai pada pukul 11.45 am, berjalan kaki menuju ke higashi koganei eki (koganei station). JPY 150 dikenakan untuk sampai ke Kichijoji eki by Chuo Line. Then change to another line (Keio Line) at Kichijoji eki with JPY 170. We reached at ToDai eki aroind 12.45pm…

Dalam seminar tersebut, boleh dikatakan majoriti international students (gabungan Masters & PhD), including students from Thailand, Brazilian (she looks like japanese), China, Japanese and of course from Malaysia (aku ler tuh). Semuanya berlatar belakangkan Software engineering area of study.

So far, everything is ok and the time is so fast…tak rasa dah pukul 3 lebih petang dan terus balik semula ke hosei univ pada pukul 4 lebih. (malas pulak nak merayau-rayau di sekitar tokyo, lagipun tengah hujan).

Seronok juga menjadi pelajar semula. Kali terakhir aku menjadi pelajar adalah pada thn 2005 lepas utk master study, di University of Aizu, Japan. Hari ini juga aku berkenalan dengan seorg lagi pelajar dari Shanghai, China, juga PhD candidate (aku panggil dia sebagai Miao-san), duduk di sebelah meja aku. Sebenarnya, meja aku dan meja dia bertentangan, dan masih dalam partition yang sama. Miao dtg 2-3 hari selepas ketibaan aku di Tokyo dan aku belum bersua muka lagi dengan dia sebelum ini. Miao menghadiahkan teh yang dtgnya khas dari China kepada aku, dan aku pula menghadiahkan sedikit brgan dari msia kepadanya. Kalau di Jepun (walau pun kami berdua bukan dari Jepun), memang menjadi budaya mereka utk menerima dan memberi hadiah (walaupun tak compulsory), tapi seronok sebenarnya apabila dapat memberi dan menerima souvenir.

Seperti yang dijanjikan, aku dan Miao berjumpa dengan supervisor utk membincangkan tentang hala tuju utk PhD kami berdua. Perbincangan yang mengambil masa tidak lebih dari 3 jam, 2 topik (1 topik utk aku dan 1 lagi utk Miao) yang berkaitan dengan Formal method. Dlm masa yg terdekat ini, aku perlu memahami tentang system yang mudah dan sedia ada sbg case study. Perbincangan seterusnya adalah pd 23hb nanti.

Hari ni dah dua hari aku berada di Tokyo Jepun. Aku bermalam di rumah salah seorang rakan semalaysia dan insya allah mlm ni mlm terakhir aku bermlm di sini. Mlm esok aku akan bermlm buat kali pertama di apartmen aku sendiri di Koganei-shi, Tokyo.

Aku berangkat ke Jepun pada 26 hb April lepas dari sibu pada 7am (ada satu kes yang staf mas di kaunter yang terlalu lembab bekerja..tau ler masih awal pagi, takkan mengantuk lagi kot. Nampak gaya nyer staf baru ni..semua serba tak kena jer…tensen betul aku…, dah ler tak minta maaf langsung sebab semua tiket aku jadi tak betul..nasib baik staf yg ada di sebelah dia yg membetulkan keadaan…sabor jer ler aku) dan sampai dlm 7.30am di kuching. Sementara menanti flight ke kl pada pukul 12.45pm, aku menelefon seorang kawan @ jiran setaman (aku panggil ijad), minta tolong utk menjemput aku di kuching airport. Pd masa yg sama, aku ada temu janji juga dgn hadinata dan isterinya pd pagi tuh. (pada mulanya nak berjumpa di airport, tapi rakan aku tuh dah sampai dulu, jadi aku call hadi balik utk jumpa di kedai makan serapi corner, kat kota sentosa). Setibanya sampai kat serapi corner, aku terserempak dengan puan siti sumaizan dan suami sedang minum pagi di tempat yg sama… Sedang menjamah nasi lemak pagi tu, sepupu aku call bertanyakan aku kat mana masa tu, lantas aku jemput dia dan mak cik aku tu berjumpa di tempat yg sama juga, serapi corner. Sebenarnya, mak cik aku memang nak berjumpa pada pagi tu utk memberikan sedikit kek utk dibawa sebagai bekalan di jepun nanti. Perghh…satu acuan dia beri kat aku. Nasib baik aku dah reserved satu tpt dlm beg utk kek tu.

Selepas semuanya selesai, aku mintak tolong ijad utk bawa aku balik ke rumah sekejap. (masih ada 2 jam lebih lagi sebelum kena masuk ke balai berlepas). Sempat juga aku menyiram dan membajai bunga2 aku tu. Pilu rasa hati bila meninggalkan rumah utk masa yang panjang.

Aku masuk semula ke balai berlepas dalam kul 12 tgh hari.( Alhamdulillah tak de insiden yang tak diingini berlaku, cuma beg computer aku kena scan dua kali…sebab byk sgt brg2 dlm beg tu, sehinggakan pegawai yg bertugas, tak boleh nak clarify apa benda yg aku masukkan dlm beg computer tu. Situasi ni tak der ler mentensenkan aku, sebab pegawai ni nampak professional dan mohon maaf dan menerangkan apa yg sebenarnya berlaku…

Flight aku meninggalkan kuching airport pd pukul 12.45 pm dan sampai dlm 2pm lebih di klia..di klia pula aku cuma merehatkan diri di bangku2 yg disediakan. Plan awalnya aku nak berehat di anjung tinjau, tapi time tu pulak kena tutup (org awam tidak dibenarkan masuk) kerana shooting tengah dijalankan. Aku bertanya jugak, shooting dari produksi mana? Apa yang dimaklumkan, shooting dari produksi Malaysia, tapi semua pelakonnya dari Russia. Tapi ramai juga org India kat sana..entahlah, malah aku nak bertanya panjang lebar.. last-last aku berehat kat bangku sebelah kfc.

Flight ke Narita MH88 berangkat pada pukul 11.35pm. Pemergian aku kali ni, tidak mendebarkan sangat, sebab dah ada pengalaman sebelum ni ke Jepun. Kira dah tahu serba sedikit environment di Tokyo, masyarakatnya, makanannya, undang-undangnya, etc…aku terbayang jika aku dioffer ke italy hujung tahun lepas, gerenti aku dah dapat penyakit lemah jantung, sebab berdebar yg amat sangat…syukurlah, ada hikmah aku tak dioffer ke italy… Dalam flight pun, aku boleh tidur dengan selesa (tak de ler nyenyak sgt, sebab terkejut dengan gegaran flight dan sejuk..so far alhamdulillah, penerbangan utk melanjutkan pengajian aku kali ni, amat dipermudahkan Allah.

Pagi 27hb April, dlm 7.00 pagi waktu tempatan, roda pesawat MH88 menjejaki landasan, aku keluar dari pesawat (time ni aku terserempak dua org rakyat msia yg sama2 naik flight dengan aku, tetapi tak sama tempat duduk..kedua-duanya baru pertama kali sampai ke jepun.. kedua-duanya nak melawat sanak-saudara. Salah seorangnya adalah senegeri dengan aku, malah dari sibu lagi….). Selepas melalui imigresen (ambil masa agak panjang, prosedur baru di narita airport perlu ambil gambar dan cap jari tunjuk), ambil bagasi dan melalui kastam, aku menunggu rakan yg akan menjemput aku (aku panggil saudara abg ekhsan dan saudara fendy).

Sebaik mkn tengahari di rmh sdra abg ekhsan, sdra abg ekhsan dan sdra fendy menemani aku ke Shin Okubo utk menandatangani kontrak apartment yg aku sewa. Setiap bulan, aku perlu membayar sewa sebanyak JPY 56000 dan perlu di bank in sebelum 28hb. Pd masa yg sama mereka berdua menunjukkan aku selok belok tentang system train di Tokyo. Slps selesai urusan dgn apartment agent di Shin Okubo, kami ke Ameyoko yg terletak berdekatan dengan stesen Ueno. Di sinilah, kita dpt melihat segala brgan sukan yang berjenama termasuklah beg, kasut, cermin mata, pakaian sukan, brgan dapur terutamanya dari Asean dan sebagainya.

Pada 28 hb pula, berdasarkan informasi tentang journey yg diberikan oleh sdra abg ekhsan & sdra fendy, aku cuba ke hosei univ yg terletak di koganei. Sebenarnya, aku telah berjanji dengan supervisor utk berjumpa dengan beliau pada hari tersebut. Walaupun terdapat sedikit kekeliruan (kurang pasti dengan map yg di print dari internet), akhirnya aku sampai juga di Hosei Univ, koganei campus. Tapi sebelum tu, aku singgah sekejap di apartment baru aku tuh…berdasarkan map yg diberi, aparment aku tuh berseberang jalan dengan kampus aku…wah!!!! Ini sudah cukup baik.

Bercerita tentang apartment aku ni, luasnya tak jauh bezanya mcm bilik hotel di Grand Continental, KL atau Hilton Hotel, Kuching. Dah dinamakan single apartment, memang ler kecikkan. Kecik atau besar ruang apartment, bukan isunya, yg penting bagi aku, apartment berdekatan dengan kampus, mempunyai air-cond @ heater (utk kegunaan summer & winter), serta ada air panas.

Aku dapat menyewa apartmen ni pun disebabkan bantuan yg diberikan oleh supervisor aku. Beliau yg menghantar email kpd aku ttg adanya apartmen ni, kemudian buat booking on behalf of me, then jadi guarantor.