October 2008


Dah lama tak update…biasalah kalau dah buka semester ni, mcm2 kena update, bzlah dan biasanya membzkan diri.hahahahahah..

Aku nak kongsi sedikit experience mcm mana rasanya di hari raya pertama kat sini…pendek ceritanya…suasana mmg ler berbeza..apa2pun, aku nak kongsi apa xtvt yg aku buat di mlm nak raya sehingga di hari raya pertama di sini berbanding ketika aku di Malaysia dulu.

Pagi, hari terakhir puasa Ramadhan

Koganei (K): Selepas subuh, terus mentelaah research paper (opps….pecah rahsia tak baca Quran…kekekekekek).

Sibu (S): Selepas subuh, terus membeli dan mengambil ayam-ayam serta daging yang dah ditempah beberapa hari sebelumnya di Pasar Sentral.

Juadah berbuka di hari terakhir puasa Ramadhan

K: cornflakes bersusu dan air kopi

S: ayam pansuh, 2-3 jenis kuih, laksa sarawak, nasi ayam (rindu nyer nasi ayam masakan kakak iparku)

Malam raya

K: Selepas Isya, terus berkemas dan bersiap untuk ke gym.

S: Selepas Isya, bersama-sama bertakbir di surau, meronda-ronda sekitar kampung termasuk Kampung Datu, Kampung Hilir, Kampung Nangka, Kampung Bandung dan seterusnya Kampung Salim untuk melihat betapa meriahnya kerdipan dan kerlipan lampu2 raya yang dipasang di setiap rumah serta sepanjang jalan raya.

Pagi pertama hari raya

K: ‘Bersolat’ raya atas tilam sendiri, ‘beraya dan menziarahi’ lab kwn-kwn jepun di kampus dan ‘bersalam raya’ dengan dua org french students yg baru dtg.

S: Bersolat raya di surau, menziarahi pusara arwah bapa, beraya ke rumah abang2 dan kakak, serta saudara mara.

Juadah pagi raya

K: Roti ban bercecahkan air kopi (imagine mcm sate dan kuah sate)

S: kari ayam, daging masak hitam, nasi minyak, sate, ketupat, kelupis, lemang, kek serta biskut (balas dendam selepas 30 hari puasa…)

Yang menariknya, ehh bangun jer tido pada pagi hari raya pertama, “eh…eh..hari ni dah raya ker?” mcm tak confident jer nak minum pagi…takut-takut cuma khayalan semata-mata.

Aku terima message dari sepupu aku yang berada di Kuching…mati-mati aku ingatkan dia marah kat aku sebab tak contact, rupa-rupanya dia sent satu lawak kat aku….sehinggakan terkeluar air mata sebab tak tahan dengan lawak ni.. Jadi aku nak sharekan sekali ngan korang…(sebenarnya, artikel ni pernah keluar dalam majalah mastika, versi yang lebih panjang..tak tahu vol yg ke berapa…).

————————————————————————————-

Tijah ingin break dengan bf omputihnya dengan mengutuskan sepucuk surat yang berbunyi seperti di bawah ini.

***************************************************

Hi,

My motive write this letter to give know you something. I want to cut connection us. I saw you play wood 3 in front my eyes. So, I break connection to pull my body from this love. I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. I don’t trust you again. You are really crocodile land! I don’t want you to play-play with my liver. I have been crying until no more eye water. I don’t want banana to fruit two times.

Safe walk.

with true,

Tijah.

————————————————————————————-