“We shall die in the sea, we shall die in the mountains. In whatever way, we shall die beside the Emperor, never turning back” – Otomo no Yakamochi

Tertarik dengan kata-kata (seperti di atas) yang diletakkan di salah satu sudut Galeri 1, Yushukan, Yasukuni Shrine, menyebabkan aku nak kongsi bersama-sama di sini. Betapa bangsa Jepun pada waktu itu begitu taat setia dan patuhnya pada maharaja mereka, sehinggakan apabila berlaku kesilapan sama ada disengajakan atau tidak, sama ada memang dilakukan secara langsung oleh mereka sendiri atau oleh orang di bawah tanggungjawabnya, maka mereka akan memikul tanggungjawab….meletak jawatan atau membunuh diri.

Rugi rasanya kalau tak pergi ke Yasukuni Shrine (seperti imej di atas dan sebelumnya dikenali sebagai Tokyo Shokonsha) yang menjadi political controversy (termasuklah dari Negara China) apabila 14 ‘penjenayah perang’ (aku kurang pasti siapakah gerangannya) dimasukkan di sini(sehingga kini terdapat dalam 2.5 juta ‘mayat’ diletakkan di sini. Kiranya macam kuburlah. Tapi kena ingat tentang amalan Shinto orang Jepun ni). Kalau dah dinamakan polical controversy ni, orang luar akan menganggap 14 orang ni sebagai penjenayah, manakala pihak atasan Jepun sendiri akan menganggap sebagai patriot yang mempertahankan negara. Jadi, visit oleh beberapa orang bekas perdana menteri jepun (perdana menteri sekarang ni aku tak tahu pulak sama ada dia pergi ke situ atau tidak) menambahkan lagi kemarahan terutamanya dari Negara China tadi.

Memang aku akui Jepun ni memang kaya dengan taman @ park @ garden. Malah di sini pun shrine ni berada dalam taman. Jadi, takder ler orang menganggap lokasi ni sebagai tempat sembahyang dan berdoa jer…menakutkan bangsa lain kan (sesetengah oranglah). Taman-tamannya pun dihias indah bak seperti taman istana larangan (chewah…).

Nak masuk ke Yushukan (muzium lah tu) ni kena bayar JPY500 (bagi student macam aku). Kalau orang biasa kena bayar JPY 800. Dari tempat aku ni, kenalah naik train dari Higashi Koganei (Chuo Line rapid service) dan berhenti di Yotsuya, kemudian bertukar platform untuk menaiki Chuo Sobu Line Local Service dan berhenti di Ichigaya (Hosei University, Ichigaya campus terletak berhampiran dengan stesen keretapi ni dan juga berdekatan dengan Yasukuni Shrine). Selain naik JR, boleh juga naik subway dan berhenti di Kudanshita station (paling dekat).

Terdapat antara 16 @ 17 galeri dalam Yushukan ni (aku kompius sikit). Setiap galeri membawa tema yang tersendiri, bermula dengan pembentukan Negara Jepun (serta nama-nama maharaja yang mempunyai keunikan yang tersendiri, armor dan pakaiannya serta swords yang digunakan. Galeri yang seterusnya pula berkaitan dengan maklumat-maklumat tentang penjajahan yang dilakukan oleh Negara-negara seperti Amerika, British, Portugis, Belanda dan sebagainya sehinggakan menimbulkan kebimbangan oleh mahajara Jepun takut Negara mereka juga dijajah dan baginda mengarahkan agar dilakukan pembentukan dan pemantapan kemahiran askar-askar Jepun. Ada juga galeri yang berkaitan dengan kronologi perundingan dengan Negara-negara yang menjadi sekutu Jepun sehingga tercetusnya Perang dunia 1 dan 2, serta kronologi tercetusnya peperangan dengan China dan sebagainya. Antara galeri yang menarik perhatian aku juga adalah adanya satu sudut berkaitan kedatangan Jepun ke Malaya. Catatannya adalah seperti berikut:

“Malay Campaign (December 8, 1941 – February 15, 1942)

This crucial campaign was intended to capture Singapore, the largest British military base in the Far East. The 25th Army, commanded by Lt Gen. Yamashita Tomoyuki landed on the northern part of the Malay Peninsula at the very beginning of the war, and crossed the peninsula in a 1100km march. On February 15, Singapore, the symbol of British supremacy in the Far East, fell”.

Wajah-wajah mereka yang di “enshrined” di Yasukuni ni diletakkan dalam satu galeri yang lain (gambar foto, cuba bayangkan terdapat dalam 2.5 juta orang). Aku tak tengok sangat wajah-wajah ni, setakat seimbas lalu jer. Cuma aku baca satu surat yang dihantar oleh salah seorang dari mereka kepada isterinya….(beremosi siot) terasa sebak sikit apabila baca surat tersebut, macam tahu jer yang dia takkan dapat berjumpa dan melihat wajah isterinya lagi selepas itu. Segala peralatan-peralatan yang digunakan oleh askar-askar Jepun untuk berperang, termasuk kapal terbang, torpedo, dan replica kapal navy bagi membawa torpedo-torpedo ni di letakkan satu galeri yang lain…

Bagi peminat-peminat sejarah (terutamanya yang ingin mengetahui kenapa Jepun ingin menjajah Asia Tenggara – dari perspektif Jepun sendiri), aku syorkan agar Yasukuni (khususnya di yushukan) dimasukkan dalam salah satu itinerary bagi tempat yang perlu dilawati. Disebabkan adanya satu tempat untuk mereka berdoa, mungkin juga ada yang rasa kurang selesa. Terpulang kepada diri masing-masing…ja mata ne.