Baru-baru ni aku berpeluang mendownload album baru dari Amr Mostafa (kalau di’adjust’ word Amr tu akan menjadi Arm @ ARM…mcm nama aku plak..kekekeke). Kalau nak tau, aku dah lama berminat dengan lagu-lagu arab ni (bukan yang berentak klasik lah) dan minat tu semakin membara apabila lagu-lagu Pascale Maachalani menjadi top hit di Malaysia dalam 2001-2002 dulu.

Berbalik dengan album dari Amr Mostafa ni, aku mula minat dengan lagu mamat ni apabila aku menonton rancangan top10@art.lebanon di channel ART di Astro. (Aku menonton rancangan ni pun ada kes jugak, sebab mata tak dapat nak tidur pukul 12 malam, last-last, bermain dgn remote control, sehinggakan bila aku tekan jer channel ART ni, si mamat ni tengah bernyanyi…boleh tahan jugak suara dia, macam suara aku..piirahhh….tak tau malu punya aku….kekekkeke). Lagu yang dibawanya yang menduduki tangga pertama ialah ‘Law Fe Hayaty’ berduet dengan Orsi Pflum (artis dari Hungary ker???). Memang best giler (bagi aku ler) dan rhytmnya agak rancak jugak.

Untuk album keduanya ini yang diberi judul ‘Alama Fe Hyatak’ atau translationnya ‘A mark in your Life’, mengandungi 10 track lagu baru dan satu bonus track (lagu Law Fe Hayaty) dan semua track ini adalah memang ada Umphhh…

Lagu-lagu yang dimuatkan adalah seperti berikut:

1. Awel Maawl
2. Alama Fe Hyatak
3. Yarit
4. Halemt Bik
5. Yashad Alia (Original) (Aku paling suka lagu ni..)
6. Saraht Fik
7. Mansash
8. Zaalan Alik
9. Ayamna
10. Yashad Alia (remix)
11. Law Fi Hayaty (Thousands of Miles) “CD Bonus”

Lagu-lagu yang dimuatkan mengandungi pelbagai rentak dari padang pasir + disco & dance + mcm2 ada.. Kalau diminta untuk memilih dari semua lagu yang disenaraikan ini. Personally, aku kategorikan album ini sebagai 5 stars…. (berulang-ulang kali aku rewind dan didengar sehingga dalam perjalanan dalam train.

p/s aku tak dapat untung apa-apa pun dengan promosi ini…setakat nak kongsi jer..kalau berminat tu, belilah yang original. kalau rasa ragu-ragu nak membeli, apa lagi search lah kat internet dan download utk preview…kan zaman dah canggih manggih ni.