Apabila menggunakan term ‘party’, nampak macam happening jer kan.. hahahhah..apa2pun, sebenarnya ada pertemuan di antara oversea students (yang belajar di hosei univ., koganei campus) dengan pihak admin di sini pada pukul 12.30 tengah hari semalam. Sebaik saja tamat PhD discussion dengan supervisor, aku dan Miao sama-sama ke sana. (Supervisor aku menyusul kemudian).

Pertemuan ni, boleh dikatakan mcm program makan tengah hari bersama ahli keluarga sambil berborak-borak mengenai hal masing-masing. Setakat yang hadir, didapati international students ni datangnya dari China, Taiwan, Korea, India dan Malaysia (aku ler tuh). Dua orang exchange students dari Vietnam juga hadir di party tersebut.

Yang seronoknya, aku dapat berborak dengan sorang PhD student dari India (lebih detail, dtg dari Bangalore), masuk tahun kedua di sini. Aku gelarkan dia sebagai ‘Sonali Bendre’, wajahnya tak tumpah seperti pelakon Bollywood tu… (nama sebenarnya ialah Geetha Hiremath). Borak punya borak rupa-rupanya dia tinggal tak jauh dengan apartmen aku…Larr..apsal tak pernah jumpa sebelum ni. (Dalam hati, lepas ni bolehlah selalu jumpa dia…kekekekeke…Astaghfirullah…..’Ya Allah teguhkanlah iman hamba-Mu ini’…jauhi aku dari godaan Syaitan yang durjana).

Sambil makan-makan tu jugak, setiap orang memperkenalkan diri masing-masing, dimulai oleh International Committee & Advisor of Foreign Students dari Faculty of Engineering dan Fac. of Comp. Science, seterusnya oleh ahli-ahli admin yang lain. Sehinggalah kepada giliran pelajar-pelajar pulak termasuklah aku…..”Konnichiwa, watashi wa Matto Abudouru Rahuman desu. Mareshia kara kimashita. Yoroshiku onegaishimasu”.