Seperti yang aku maklumkan dalam posting sebelum ini, aku dan sdra abg ekhsan dah ada merancang utk ke flea market di Makuhari, Chiba. Flea market ini diadakan 3 hari berturut-turut dari sabtu hingga isnin dan merupakan flea market yang terbesar dan diadakan di dlm sebuah bangunan. Jadi tiada masalah sekiranya hujan turun ketika program sedang dijalankan. Bangunan ini juga pernah menjadi tempat pameran kereta seluruh dunia. Kebetulan juga, pada minggu ni, penduduk Jepun bercuti sempena Golden Week. Kami berdua hanya merancang utk ke program ini pd hari sabtu shj. Sdra fendy pula tak dpt nak turut serta kerana dah ada komitmen yg lain.

Kami berdua bertolak 1 jam lewat dari plan awal. Memang menepati apa yg dijangkakan, perjalanan kami menempuh traffic jam yg hebat jugak. JPY 500 dikenakan utk masuk ke flea market ni. Memandangkan dewan ni terlalu besar, aku sendiri pun dah tak tahu nak mula dari mana dulu. Walau mcm mana pun, aku dan sdra abg ekhsan bersetuju utk membawa haluan masing2 dlm bangunan ni, dan berjanji bertemu semula slps 2 jam nanti.

Aku mulakan pemerhatian dan mencari brg2 yang berkenan di hati dari satu sudut. Kalau nak dilihat dari pandangan atas, pergerakan aku dari atas ke bawah dan seterusnya dari kiri ke kanan. Jenuh nak memerhati secara terperinci. Cuba bayangkan dengan ramai org yang dtg utk membeli brgan dengan harga yang amat murah dan terlalu byk stall sehinggakan pening kepala tak tau nak pilih yang mana satu. Barangan yg dijual termasuklah kimono, kasut, pakaian terpakai, beg, basikal, makanan, aksesori, barangan peribadi, basikal dan sebagainya. Cuba bayangkan, walaupun aku hanya memerhati secara umum sahaja, dlm 2 jam pun tak dpt nak habiskan lagi. Aku dan sdra abg ekhsan berjumpa semula mengikut masa yang dijanjikan. Selepas mkn sedikit bekalan, kami berdua bersetuju utk memerhati lagi dan berjanji utk berjumpa semula slps 1 jam 30 minit berikutnya. Nak dipendekkan cerita, aku dapat ‘merembat’ dua t-shirt ‘New Balance’ dan seutas jam tangan G-Shock.

Selepas melangkah keluar dari makuhari flea market, sdra abg ekhsan membawa aku ke satu pusat membeli belah (kalau tak silap aku dlm 5-6 tingkat besarnya) yang dinamakan Costco. Kalau di Kuching tu lebih kuranglah mcm di The Spring. Sekiranya menjadi member, barangan yg dibeli akan mendapat diskaun yang lebih besar.

Keluar dari Costco, sdr abg ekhsan mengajak aku ke Ikea. Seronok juga apabila berpeluang utk ke Ikea di Jepun. Susun aturnya lebih kurang dengan susun atur di Ikea, KL.

Kami berdua balik ke Kashiwa (ke rumah sdra abg ekhsan) dlm 6.30 pm dan sampai dlm 7.30pm. Memandangkan dah malam, sdra abg ekhsan mengajak aku bermlm sekali lagi di rumahnya.