Hari ni aku pegi ke Koganei City Hall utk membuat Alien Registration Card – (ARC), mcm kad pengenalan seperti di Malaysia. Mula-mula aku tiba di jepun sebelum ni, tergelak jugak apabila penggunaan term ‘alien’ digunakan. Mcm ni rupa nyer alien erkkk…(kkekekkekke). Mengikut undang-undang di Jepun, setiap foreigner yang berada di Jepun lebih dari 3 bulan dikehendaki membuat ARC, dan mesti dibuat di city hall yang berdekatan dengan tempat kita tinggal within 90 days after landing in Japan. Dokumen yang diperlukan utk pendaftaran hanyalah passport dan dua keping gambar berukuran passport. Proses pendaftaran tdk lah lama sgt, dan selepas pendaftaran dilakukan, mereka akan mengeluarkan temporary of registration card bagi memudahkan kita utk membuka akaun bank dan seterusnya membeli & mendaftar handphone. Jadi, utk dua keping temporary registration card ini, JPY 400 dikenakan. Tamat proses pendaftaran, aku dikehendaki pula ke tingkat dua utk membuat caruman insuran. Caruman ini adalah diwajibkan kepada setiap orang, tidak kiralah ‘alien’ ke atau penduduk Jepun sendiri. Cuma jumlah caruman jer yang berbeza. Faham je lah dengan keadaan geografi Jepun ni, kawasan di bawah lingkaran gunung berapi dan gempa bumi. Selain tu, typhoon pun selalu jer melanda.