Di Malaysia, mangga adalah sejenis buah yang apabila dimakan, rasanya amat ‘menggiurkan’.. Ada yang gemar akan rasa masa keseluruhannya, dan ada jenis rasa masam-masam manis. Walau bagaimanapun, di Jepun, ada juga istilah yang lebih kurang sama bunyinya dengan mangga tetapi kalau ditranslate ke bahasa rumi disebut ‘manga’. Of course, istilah manga ini tak sama maknanya dengan mannga di malaysia. Di jepun, manga ada komik. Memang manga di Jepun ini amat famous di sini, malah menjadi kegilaan terutamanya para remaja dan belia (org tua pun ada) di seluruh dunia.

Apa yang aku nak maklumkan dlm catatan aku hari ini, tengahari tadi, aku ke ameyoko di ueno (biasalah xtvt hujung minggu, kalau tak melawat rakan-rakan, aku pegi windows shopping). Sambil mata melilau kiri kanan (byk sangat barang yang dijual dengan harga yang amat murah), aku belek satu demi satu pakaian sukan dan kasut-kasut berjenama adidas, converse, puma, nike, etc ( aku nak tekankan di sini yang semuanya original dan bukannya jenis ‘pirate’).

Kira lama jugak membelek-belek barangan (di sepanjang jalan aku masuk ke kedai satu demi satu) terasa lapar pulak. Buat sementara waktu, aku singgah ke kedai buah-buahan dan membeli sehiris buah honey dew yang berharga JPY100. Asyik menjamu selera dengan buah tu, aku ternampak pulak satu pek buang mangga (ada 4 biji semuanya, di import dari filipina, seperti dalam gambar di bawah). Apa lagi, dah nama aku ni suka makan mangga, aku tak kira rega berapa, aku beli mangga tu. Jadi aku kenalah membayar sebanyak JPY700…..yummy yummy yummy. Malam tu jugak kesemua mangga tu habis aku bedal. (sebenarnya aku tak makan nasi hari tu, jadi no wonder lah erkkk.)