Minggu lepas, sambil berborak dengan seorang teman di kedai kasut, dia menceritakan bagaimana kasut yang baru dibelinya telah hilang dicuri ketika bersolat di salah sebuah masjid di utara tanah air malaysia (tak baik sebut directly…kecik hati warga di situ nanti). Dahlah mahal, dibeli kat oversea lagi tuh…fuhhh…”jaik ati” (kira-kira begitu sayu dan kesianlah) aku mendengarnya. Berdasarkan situasi ini tadi, aku nak kongsi bersama sebagai tatapan….nama tempat dan watak bukanlah nama  sebenar dan aku terima kisah ni dari ‘turun temurun’.

———————————————————————-

Terdapat satu kampung yang bernama kampung MuntahKeDar. Di kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni, adalah sorang laki ni. yg bernama Aman. Aman ni orang gila kat kampung ni, so..ramai la yang pandang serong kat dia. ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita…

Pada suatu hari..si Aman ni pegi la ke masjid nak semayang jumaat…heheehehe..ni educated nyer orang gila tau..semayang tak tinggal.contohilah dia ni. sedangkan orang gila pun semayang…kita  yang siuman ni pun semayang la gak ek.. ok. Lepas si Aman ni semayang jumaat,dia nak balik la  ke rumah. Masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek.aper lagi… mengamukla dia…

Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: “kepada sesiapa yang mencuri selipar aku,baik ko pulangkan cepat.!!!!!!!…” semua orang menjadi takut..ye la..orang gila kan..memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak anak bini orang kang..ha..naya.. “kepada sesiapa yang curik selipar jepun kesayangan aku tu..baik ko pulang kan cepat, diulang suaranya berkali-kali dengan muka yang kita kata ‘tak beri muka langsung’. kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!” lalu orang yang curik tu pun pulangkan la balik. Apabila orang yang mencuri tu pulangkan balik selipar jepun tu, Aman berkata “lek la bang.. gurau jek” tapi dengan muka yang serius..muka macam nak makan orang gitu…haa…lalu budak yang curi selipar dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Aman…takut ler tu…dah dasar pencuri,,,lalu tok imam pun menegur Aman dan bertanya “kalau dia tak pulangkan balik selipar jepun tadi tu, apa yang akan kamu lakukan? apa ayah kamu  lakukan?” dengan suara dan wajah yang slumber, Aman pun berkata, “Saya akan balik kaki ayam la tok”.

—————————————————————–

p/s Especially to Azar, dengan rasa penuh takzim dan rendah dirinya aku ucapkan “Hepi belated besday to u” yg jatuhnya pada 11 September yg lepas…..(pergh…teringat kisah September 11 di USA..jadi lepas ni aku tak lupa lagi ler erkk…kekekekeke…nasib baik ko remindkan aku….jadi tolong nyanyi lagi hepi besday seperti dalam filem ‘3 Abdul’. Aku doakan semoga hidup ko dimurahkan rezeki, diberkatkan dalam segala hal kehidupan, serta diberi kesihatan di tahap maksimum)…