pelbagai_miscicon.jpgDah lama aku tak update blog ni. Semakin hampir aku nak pergi buat PhD, semakin tak cukup tangan rasanya nak setelkan benda2 yang perlu disetelkan sebelum fly nanti. Nasib baik setakat hari ni, aku dah siapkan final exam question untuk bebudak nanti, dan esok merupakan last day aku mengajar bebudak AI. Satu segi, nampak lega sedikit, cuma perlu setelkan assignment 2 marking untuk diaorang..Kesian bebudak aku nih…nak buat camnerkan…diaorang pun faham gak.. Ahad ni pulak aku habiskan lecture untuk bebudak OUM…(aku discuss ngan diaorang time tutorial sebelum ni untuk reschedule masa tutorial 5, dan diawalkan ke 9hb ni (sehari selepas PRU-12)..Barang2 kat ofis belum di packing lagi. Lagi ler barang2 aku kat rumah tuh…hmmm..certain2 perkara dah brief adik bongsu aku untuk jaga rumah sepanjang ketiadaan aku selama 3 thn (Insya Allah). Disebabkan banyak benda kena buat, sehinggakan hari ni aku dah tak larat, dan malam tadi kena serang ‘migrain???’. Tu yang lunch tadi pegi ‘berubat’ dengan makcik aku…dunia..dunia…poning..poning…