Brothers & Sisters (Versi Sibu)

drmindaku_frmymindiconKetika aku update blog yang berkaitan dengan adik beradik aku, terus aku teringat drama bersiri di USA Brothers & Sisters. Keakraban 5 orang adik beradik ni dalam berkomunikasi, kasih-sayang dan sebagainya, membuatkan aku mengaitkan perspektif ini dalam keluargaku. Ketika bercuti baru-baru ini di Sibu, bagi menghadiri majlis perkahwinan adikku, aku merasakan hubungan adik-beradikku amat rapat sekali. Mungkin, disebabkan inilah satu-satunya peluang untuk kami berkumpul bersama, berkongsi dan meluahkan segala-galanya, serta membantu antara satu sama lain. Berbanding dengan suasana hari raya,  ada di antara kami adik beradik tidak berpeluang utk balik bercuti di sibu. Tahun ni, aku tak dpt nak balik beraya dengan mereka. (alamak, puasa pun belum, dah ingat nak raya dah…oppsss….).

Untuk mak, terima kasih atas segala-galanya.. kesabaran dalam membesarkan kami adik-beradik yang seramai 10 orang dan kesemuanya alhamdulillah mempunyai pekerjaan dalam bidang masing-masing. Titik peluh, jerih perih serta cabaran yang dihadapi terutamanya selepas bapa meninggal dunia 21 tahun yang lalu, untuk membesar dan menyara kami, pastinya tidak dapat dibalas…hanya doa sahaja yang sentiasa mengiringi kesejahteraan, kebahagiaan dan ketenangan mak.  Ketahuilah, kami adik beradik tetap berbangga dengan mak (dan sekiranya bapa masih hidup, pastinya arwah semakin sayang dan menyanjungi isterinya dalam mendidik anak-anaknya).

Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi, mak telah berjaya mendidik kami adik-beradik mengecapi kejayaan dan mempunyai pekerjaan masing-masing. Kini, anak emak yang sulong merupakan salah seorang pengurus di salah sebuah bank di Sarawak, yang kedua, bekerja di Telekom, ketiga dan keempat bekerja dalam badan kerajaan negeri, yang kelima pulak sebagai guru, keenam sebagai akauntan, anak yang ketujuh sebagai pensyarah universiti, kelapan pula di TMnet, ke-9 di bahagian radar MAS dan yang bongsu di Meteorologi. Sekali lagi terima kasih mak.

Walaupun bapa dah meninggal dunia 21 tahun yang lalu, namun, setiap masa kami tetap mengingatinya..ada kalanya, menitis juga air mata apabila arwah tak sempat melihat hasil usahanya selama ini untuk kejayaan anak-anaknya. Pernah emak bagitau, bapa mkn sedikit sahaja, dan membiarkan makanan yang diperuntukkan untuknya dibahagikan kepada anak-anaknya. peranan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh bapa akan tetap kami ingati dan cuba kami hayati.

“Selamat Hari Ibu Mei 2009” dan “Selamat Hari Bapa Jun 2009″

p.s tengah selesema dan batuk sebenarnya…tu yang karangan pun lain macam jer….huhuhuhuhuh…

Advertisements

About marahman

I'm proud to be Sarawakian, has a job as a university lecturer and researcher. Currently, I'm doing my PhD in Requirement Specifications using Formal Engineering Method, at Hosei University, Tokyo, Japan.
This entry was posted in Updates and tagged , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Brothers & Sisters (Versi Sibu)

  1. azurachan says:

    Sedeh mek maca entry kitak tok..
    Allah sikkan merik ujian ngan hamba-Nya sebarangan.
    Orang terpilih jak dapat ujian tertentu dari-Nya.
    Diat mak kitak, finally nya dapat membesar anak-anaknya and semuanya berjaya. Alhamdulillah..

    ARM’s Re: Makasih atas peringatan yg diberik…kamek pun sentiasa mengingati diri… “setiap yang berlaku ada hikmah dan nikmat di sebaliknya”. Bila mek baca balit entry mek tuk, aiseymen, apahal feeling indah hari tuk….kekekek..tapi ok juaklah nak…kita mempelbagaikan posting..sikkan lah nak gembira jak…

    terima kasih sekali lagi.

  2. indra says:

    sedih jerrrr

  3. indra says:

    terima kasih coz membantu ketika majlis pengkebumian bonda Epah bt Abang dan ketika majlis tahlil allahyarhamah

    • marahman says:

      No problemo..dah jadi tanggungjawab juak ya…maaf sik sempat nak berjemaah mlm ke-7 riya, nang lelah gilak balit dari sarikei…kakya, berpacking utk balit keesokan harinya…takziah.. dan semoga roh-nya dirahmati Allah…amiinn…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s