budaya_cultureiconFuh!!!!…betul2 lama tak update blog. Bersemangat balik, bila member remind aku bila nak update….baru hari ni, berkesempatan menaip walaupun hari2 berdepan dengan komputer.

Oklah, hujung bln lepas aku mohon bercuti seminggu dengan supervisor bagi menghadiri majlis persandingan dua orang adik aku sekaligus. Walaupun, dah ada majlis sebelumnya, mak aku beriya-iya nak adakan majlis sanding sekali lagi (aku buat andaian nak bagi peluang utk aku, almaklumlah majlis persandingan kedua-dua adikku itu aku tidak dpt menghadirinya).

Aku balik ke Malaysia pada 29hb Mei (aku geli hati dalam flight apabila M’sian stewardess berborak dgn aku dlm bhs Jepun, tetapi bila dengan penumpang di hadapan aku, dia borak dlm bhs melayu pulak…), dan sempat bermalam di rumah aku sendiri di Samarahan. Keesokan harinya, aku drive kereta aku sendiri ke Sibu (berkonvoi dengan kereta abangku). Aku dan keluarga abangku sampai di Sibu pd sebelah malamnya.  Pada waktu tersebut, mak aku dan kawan2nya tgh ‘bertungkus-lumus’ memasak kari, rendang, perut lembu dan sebagainya sebagai hidangan majlis persandingan.

P1000025

Team memasak yang diketuai oleh mak aku sendiri. ( Dari kiri: Mak Hjh Noraini, kak iparku, kak Seniah, mak wa, mak aku, dan atai).

P1000026

Kak Selamah sedang membuat lawaknya sambil diperhati oleh ketua memasak(mak aku), manakala mak wa sedang menggaul rempah-rempah yang perlu untuk membuat kari ayam.

P1000031

Inilah singgahsana bagi dua pasangan sejoli, di Dewan MUC Kampung Bandong, Sibu. Ilham daripada kakak iparku dan diolah oleh seorang makcik yang ada kaitan saudara dengan keluargaku.

P1000037

Acar timun dan telur (tak ingat untuk apa telur ni, dan yang pastinya bukan untuk dicampur dengan acar tersebut). Mak wa tengah khusyuk menghidang…

P1000038

Yang ni pulak kumpulan yang ditugaskan untuk ‘mengaok’ kari ayam…”Mak aji Inda, jangan lupak simpan utk kamek juak….”

P1000050

Upacara tepung tawar dimulakan oleh makku selepas majlis doa yang dibacakan oleh Sahibus Samahah, Imam Besar Masjid An-Nur Sibu, Tuan Haji Md. Siraj.

P1000055

Eh! Eh!..Syirwan rupanya yang menjadi MC pada hari tersebut… Stylo betul….ahahah..

P1000057

YB Sibu, Dato Awang Bemee, antara VIP yang hadir pada hari tersebut, diiringi oleh abang aku yang no. 2 bagi menyempurnakan upacara tepung tawar.

P1000069

Pengantin: Adik bongsuku, Shaiful dan isterinya, Nor Nadia.

P1000079

Pengantin: Adikku, no. 8 dalam keluarga, Indra Putra dan isterinya, Wendy.

P1000085

Gambar keluarga, seorang jer yang tak dapat hadir(no. 9) sebab menghadiri kursus dan pada masa tersebut tengah menduduki peperiksaan di Subang (dari kiri, belakang: Salmiah (no. 6 dlm keluarga), aku sendiri(no. 7), Razali(no. 2), bonda, Haron (abang sulong), Baseri (no.3), Heizah (no. 5) dan Salmah(no.4))

P1000089

Gambar keluarga: Bersama kakak-kakak iparku dan anak-anak saudaraku yang seramai 21 orang (seorang tidak kelihatan kerana khusyuk mengambil gambar, kesian ko rafiq…).

P1000183

4 ‘teruni’ di rumah abangku yang  no. 2 semasa majlis beramah mesra yang diadakan sehari selepas majlis persandingan; dari kiri , oni, tiqah, nor dan rin(dah berkahwin).

P1000197

Pak usu aku juga hadir pada majlis beramah mesra di rumah abangku ini. Kelihatan abang aku tengah mendengar celoteh dari isterinya sambil diperhatikan oleh bapa mertua adik bongsuku, dan anaknya.

P1000218

Keesokan harinya pulak, diadakan sedikit majlis menggigit pisau lipat dari pengantin kepada pengapitnya (mengikut adat di mana, sekiranya pengapit belum berkahwin, perlulah diadakan majlis sebegini). Pada masa yang sama, majlis ini juga diadakan sebagai keberangkatan balik ke Perak mertua adik bongsuku ini. Ole – ole yang dibawa balik ke Perak ialah, 3 jenis kek lapis (buatan ipar kepada kakakku), Kek Embun (buatan mak usu), dan dua kotak ikan terubok masin (yang diimport dari kuching…hahahha)

P1000225

Apa lagi, selepas doa, kita makan dulu…menu pada hari tersebut, laksa sarawak, roti canai, kek berdaging, kuih-muih, puding, pulut serta buah nanas & semangka.

P1000237

Gambar ni aku ambik dari foto yang aku pinjam dari anak saudaraku sebab aku tak dpt hadir ke majlis kahwin dia ni. Anak saudaraku (Rin, anak sulong kepada abangku yang no. 3) dan suaminya Aman.

P6060109

Sebelum aku berangkat pulang ke Jepun, sempat aku ambik gambar anak saudaraku yang ke-21, Jasmin Aminah(dalam dakapan bapanya), semasa adik beradikku menghantar aku ke airport sibu.

Kepulangan aku ke Jepun memberi satu memori indah tetapi, masih ada tugas yang sedang menantiku di hadapan…Arghhhh!!!!!…