Bezanya raya…

Dah lama tak update…biasalah kalau dah buka semester ni, mcm2 kena update, bzlah dan biasanya membzkan diri.hahahahahah..

Aku nak kongsi sedikit experience mcm mana rasanya di hari raya pertama kat sini…pendek ceritanya…suasana mmg ler berbeza..apa2pun, aku nak kongsi apa xtvt yg aku buat di mlm nak raya sehingga di hari raya pertama di sini berbanding ketika aku di Malaysia dulu.

Pagi, hari terakhir puasa Ramadhan

Koganei (K): Selepas subuh, terus mentelaah research paper (opps….pecah rahsia tak baca Quran…kekekekekek).

Sibu (S): Selepas subuh, terus membeli dan mengambil ayam-ayam serta daging yang dah ditempah beberapa hari sebelumnya di Pasar Sentral.

Juadah berbuka di hari terakhir puasa Ramadhan

K: cornflakes bersusu dan air kopi

S: ayam pansuh, 2-3 jenis kuih, laksa sarawak, nasi ayam (rindu nyer nasi ayam masakan kakak iparku)

Malam raya

K: Selepas Isya, terus berkemas dan bersiap untuk ke gym.

S: Selepas Isya, bersama-sama bertakbir di surau, meronda-ronda sekitar kampung termasuk Kampung Datu, Kampung Hilir, Kampung Nangka, Kampung Bandung dan seterusnya Kampung Salim untuk melihat betapa meriahnya kerdipan dan kerlipan lampu2 raya yang dipasang di setiap rumah serta sepanjang jalan raya.

Pagi pertama hari raya

K: ‘Bersolat’ raya atas tilam sendiri, ‘beraya dan menziarahi’ lab kwn-kwn jepun di kampus dan ‘bersalam raya’ dengan dua org french students yg baru dtg.

S: Bersolat raya di surau, menziarahi pusara arwah bapa, beraya ke rumah abang2 dan kakak, serta saudara mara.

Juadah pagi raya

K: Roti ban bercecahkan air kopi (imagine mcm sate dan kuah sate)

S: kari ayam, daging masak hitam, nasi minyak, sate, ketupat, kelupis, lemang, kek serta biskut (balas dendam selepas 30 hari puasa…)

Yang menariknya, ehh bangun jer tido pada pagi hari raya pertama, “eh…eh..hari ni dah raya ker?” mcm tak confident jer nak minum pagi…takut-takut cuma khayalan semata-mata.

Advertisements

About marahman

I'm proud to be Sarawakian, has a job as a university lecturer and researcher.
This entry was posted in Updates and tagged , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Bezanya raya…

  1. Ayuniez says:

    hehe, roti bun jak pg raya?? ehe..saba jaklaa!

    ARM’s Re: Baruk tauk camni rasanya beraya ctuk…mun kesina..hantar lah apa2 yg patut ngan kmk ctuk…kekekek

  2. abahfateh says:

    cian gak aku dengar catatan raya kau…

    at least kat jepun ada lah muna’sarawak’nya kau makan ban cicah roti pagi raya…. kita kat malaysia nie, ada yang tak dapat makan pun ada…

    bersyukurlah

    ARM’s Re: Semakin insaf diri ini apabila ada yang lebih sadis dari kes aku ni..camner raya?

  3. coconotty says:

    ciannya raya mcm xraya jak…. xrame ka miak mesia kat sia?
    kmk kat ctok ada la juak rasa mcm raya…

    tapi sikda la mcm kat sarawak.. raya kat swk paling best…ada kek lapis..ada kelupis..laksa sarawak..

    cess rindu…

    mek link blog ktk k?

    ARM’s Re: Di area kmk tuk, cuma mek sorang jak msian…ada juak dpt invitation dari staf embassy, sorang2 gi sik best juak….link jak siya…

  4. zampeada says:

    tade ketupat bunga sakura ka man? hehehe…

    ARM’s Re: Ketupat bunga sakura cuma special edition time spring jer… kalau raya ni, cuma ada lemang musashi yakitori jer…(tapi tak sentuh jugak…tak dak selera)

  5. aziah says:

    cik, sedey ek raya kat cna. kami raya kat cni pun sedey gak xda parent huhu.tp at lease ada kek lapis.tp 1st day raya sy dh sakit perut giler cos x penah seharian minum air gas..ok la tu pg raya mkn roti at lease x sakit perut cm sy.hehe

    ARM’s Re: Heheh..tak sedih lah..syok sgt….kekekeke…kesihatan di tahap tertinggi kat sini…makin macho rasanya…mesti korang syok dpt minum air ‘leminet’ time raya…swak mmg glamer ngan air ‘leminet’ tuh…

  6. Watashi Azaruuu says:

    Syukur Alhamdulillah…..dapat gak makan…aku suka makan kerepek pisang…

    ARM’s Re: Kekekeke..sememangnya mana-mana mknn berasaskan pisang pasti digemari…”sehingga menjilat bibir”…pekaba bro? lama tak sembang ngan hang.

  7. momadz says:

    selamat ari raya bg. man…hehehehe…ingin juak mek nak merasa raya macam ya koh…huhuhuhu…

    ARM’s Re: Sama-sama selamat hari raya juak…mun maok merasa mcm ni raya camya…next year raya, dtglah ctuk…kekekeke.

  8. Azizul says:

    sensei.cyan xdpt balit.mn kmk dlm situasi ktk, lalu kembang mata kmk.heheheh.b4 raya tok abis, kmk nk ucapkan slamat hari raya.maaf zahir dan batin.

    ARM’s Re: Sama-sama selamat hari raya juak (dah habis syawal dah tuk).. bukan setakat kembang mata, dah nak banjir apato kmk tuk…kekekeke…menarik juak dapat merasai suasana camtuk.

  9. Emma says:

    Hi Man 🙂 XXXX wah lama benar kamek sik menjengok kitak. mek baru balik dari KL ( mek travelled dari Genting Highland ke KL then ke Penang and then ke KL lagi) petang marek. hehehhe…alhamdullillah, data collection berjalan dengan lancar. Now, focus dengan langkah seterusnyalah. Doakan kamek …Catatan raya kitak..perbezaan antara raya di Jepun and Sibu, from bottom of my heart, only you know how it feels by yourself when u r abroad without anyone. You are so strong. Tapi yalah, itulah rencah kehidupan..pengalaman yang mungkin tidak dpt dijual beli. Thanks for sharing ur experience with us. Mek sik tauk samada mek dpt harungi raya sorang2 kat London. Tp this time for Christmas, I am going to do something! hehehe…Will travel and don’t want to celebrate Christmas and New Year alone like last year. So depressed…Ok Man..miss u..xxxxx (sorry panjang komen mek tok..al maklum..lama sik merapu2 camtok dalam blog kitak..kah kah kah).

    ARM’s Re: Hahahaha..merapu jak siya…kmk no problem…open minded & discreet…yalah oooo..benar kata kitak. mun sorang2 nang berasa sunyik…lainlah mun ada geng-geng di sekeliling kita….mek pun time christmas tuk kelak, celebrate ngan member2 jepun ctuk..travel ya, sik sure gik, mun ada member agik best…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s