Sambil menyelami beberapa clips in youtube, terfikir bagaimana perasaan orang malaysia apabila secara tiba-tibanya aku menyanyi dengan nyaringnya, sambil menari…(rasa macam buat persembahan muzikal bah!). Mesti ada yang suka, ada yang akan kata, mengada-ngada budak ni, atau ada juga yang akan join sama. Apa-apa pun enjoy beberapa clips dari youtube yang aku nak share kan bersama-sama.

  • Break out in song at Lisbon Airport, Portugal – Aku terpikir kalau di KLIA boleh buat benda yang sama terutama sekali apabila orang tengah take so granted nak balik kampung berhari raya,  mesti terhibur juga…tapi rasanya, mau juga kena sumpah seranah sebab tak menghormati bulan puasa…ahakkss….


  • Stansted Airport, London Hmm, maybe we can perform at Hentian Pudu Raya, or Hentian Duta, or KL Sentral. Takpun, dekat Hentian Bas Ekspres Di Batu 4.5 di Kuching…Kalau dapat perform di Kuching Airport, ini pun sudah cukup bagus.
  • At Grocery Store – Apa yang akan berlaku sekiranya budak-budak ni perform kat Pasar Minggu Satok?
  • At Baldwin Hills Mall, LA – Kalau buat kat Kubah Ria atau di Permata Car Park, Kuching time orang tengah makan, ditambah lagi suara yang menyanyi tu sedap, mahu bertambah-tambah orang ramai nak makan di situ. Sebaliknya, kalau suara yang menyanyi secara live dah macam suara katak memanggil hujan, baik tak payah perform jer. Kalau nak gah, buat ler kat KLCC Food Court tu.
  • Trump Tower – Akupun suka lunch….tapi onigiri, salad dan jus oren jer….syukurlah kan…eh, terfikir pulak, apa kata kalau kita buat musical kat Warong 2000 (Samarahan), atau di Food court (sebelah Water Tower, Unimas).
  • Time Warner Center – Jom kita perform sama ada kat Boulevard atau di The Spring…Mesti penuh dengan ‘ke-glamer-an’ ni.