kembara_traveliconLast week, sekali lagi aku ke onsen bersama kawan-kawan. Kali ni pulak, seramai 18 orang (termasuk aku) ke Kusatsu Onsen, di area Gunma. Kami bertolak dari Ikebukuro pada pukul 8.30am dan sampai di Kusatsu lebih kurang pukul 1pm. Selepas check in dan mkn tengahari, seterusnya, kami ke tempat Shirane Volcano. Pihak hotel menyediakan perkhidmatan utk ke sana, jadi kita org pun tak nak lepaskan peluang ke tempat di mananya bekas terletusnya gunung berapi dan kini membentuk menjadi tasik berwarna biru muda. Nak ke sana,bas perlu melalui kawasan pergunungan,  dah menjadi kebiasaan di Jepun ni. (teringat semasa bersama member2 di uum dulu time kita urg ke Kelantan, melalui Grik). Nah, disediakan beberapa gambar utk tatapan bersama. (Untuk makluman, gambar2 dalam blog ini akan dipastikan tiada berlakunya overlapping dengan gambar2 di facebook aku yg juga utk ke Kusatsu. Maknanya, sebahagian gambar aku masukkan dalam blog dan sebahagian lagi aku masukkan dalam facebook.)

P5230016

Kawasan pergunungan ni menjadi tumpuan untuk main ski….arrghhh…teringinnya nak main skiiii…

P5230018

Inilah dia Shirane Kazan (Shirane Volcano) yang menjadi tarikan pelancong…Warna biru muda kannnnnn….

32664077_2119689352

Tempat ni bernama Yubatake, yang menjadi pusat kepada Kusatsu Onsen, airnya memang panas (bukan di masak…tapi original panas punya). Air panas inilah yang dialirkan ke ryokan-ryokan sekitar kawasan. Tapi bila lalu area ni jer, berbau lain macam jer….sebab galian ni mengandungi bahan sulfur..sebab tu warna hijau atau biru. Kalau waktu malam, lagi lawa area ni.

P5230047

Gambar di atas ni pulak dipanggil “Yumomi”, merupakan pertunjukkan bagi menunjukkan bagaimana upacara menyejukkan air yang panas tadi…

P5230053

Ahah..aku tak nak ketinggalan untuk merasa sendiri bagaimana cara menyejukkan air panas ni…Alamak!!! berat jugak batang kayu tu…Sungguh puas hati you…dapat sijil penyertaan dan sehelai tuala lagi…ahakss.

K003

Member yang tengah nak bersembahyang, dengan membunyikan ‘gong’. Lepas bunyikan gong, balingkan duit syiling dan tepuk tangan (tak ingat berapa kali dia orang tepuk ntah…terlupa nak kira), pejamkan mata sambil tundukkan sedikit kepala dan seterusnya berdoa… sono kanji desu yo ne.

K004

Tassun-san, tolong doakan untuk kejayaan aku sekali erkkkk…

K011

On the way ke Sai No Kawara Park…ahahaha…nampak tak asap2 yang berkepul2 di belakang nun…bukannya orang sedang membakar ok…yang tu adalah asap dari air panas yang sedang mengalir..airnya pun warna biru muda nak ke hijau…apa-apalah.. Lepas tu, apa lagi, sempat masuk outdoor bath onsen…lagi best public dari onsen dalam bilik…kekekekeke…

P1000022

Image di atas tu, merupakan omiyage yang aku beli….namanya “Dancing Cat”. Bila sentuh tangan kiri kucing tu, akan menarilah si kucing tersebut mengikut rentak lagu  Shania Twain- I’m Gonna Getcha….geli hati betul..Member aku si Ken pun beli  kucing ni jugak, tapi dia beli warna gelap.

tenpura soba

Dalam perjalanan balik ke Tokyo,  singgah makan di perhentian bas, dan aku pilih Tenpura Soba utk menu tengahari…sugoku oishii da yo.

Ken-san pun bertanya, matto, next onsen nak ke mana? Ada cadangan tak???..hehehehhe..Nanti aku fikirkan…tapi dah nak summer ni, better jugak pergi di area tepi laut kan…boleh ‘mencuci mata’.