pelbagai_miscicon“Selesema Babi” dah sampai ke Tokyo area… Lagilah sekarang ni dah nak masuk summer season, makin ‘galak’lah si adik-adik virus utk mencari mangsa utk ‘penternakan’. Kat campus aku ni pun, byk dah poster2 dan informasi berkenaan selesema babi ni; dari maklumat apa itu selesema babi, ciri-cirinya sehinggalah apa yang perlu dilakukan apabila terkena jangkitan ni. Family aku kat sibu pun risau jer dengan aku..lagi-lagilah dah nak balik ke malaysia minggu depan. Diaorang takut aku kena kuarantin kat KLIA (hah!!! tak dapat nak bersama-sama meraikan majlis perkahwinan adik bongsu aku tuh). Mak aku lagilah risau bila aku bagitau, sekarang ni aku tengah selesema…terutama waktu pagi (assume kena resdung jer lah…eheheh..). Mintak-mintak semua dijauhkan dan dipermudahkan segala urusan.

h1f1-swineflu

p/s Hujung minggu ni pergi ke Kusatsu Onsen di Gunma Prefecture bersama-sama member2 yg lain…ahaha, nanti aku attachkan image2 yg aku rasakan menarik utk dishare. Lagipun, sebelum balik malaysia ni, kena ‘menghensemkan’ diri dulu. Mana tau, ada yang berkenan nanti ker melihat ‘kegagahan’ diri ini….ahakssss!!!!.