kembara_traveliconKalau dah banyak sangat kerja, badan jadi lesu, otak pun jadi batu, dan lidah boleh jadi kelu (yer ker jangg…).  Jadi, jom kita rehat dulu, bersiar-siar di taman sambil menikmati keindahan alam. Almaklumlah la ni tengah musim bunga, rugi kalau tak menjengah ke taman-taman di sekitar kawasan.

Minggu ni aku berpeluang menjengah ke Koganei Park, sekitar Ichigaya pathway nak ke Hosei Main Campus (di Ichigaya), Yoyogi Park, Sumidagawa dan akhirnya ke Ueno Park.. Syukur cuaca agak cerah, dan aku gunakan peluang ini utk mengambil gambar bunga-bungaan (cewah..jadi mat bunga pulak dah) termasuklah sakura. Memandangkan masih di minggu awal hanami, jadi sakura belum dapat dilihat secara menyeluruh.  Jom, kita menjengah suasana di tempat-tempat yang aku sebutkan tadi.

Koganei koen

p3280086

Semua golongan masyakarakat menyambut kedatangan hanami terutamanya sakura yang menjadi simbol Jepun, akan berpiknik di bawah pokok sakura yang rendang…kalau masyarakat kita, nak ke berpiknik di sebelah pokok bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan kita????

p32801321

Nak ku kata bunga menjarum kuning…memang sah bukan..kesimpulannya, aku tak tau…ahaks..

Ichigaya koen

p3290168

bunga sakura yang berwarna krim..perghhh!!!! kirei na…..

p3290171

Pokok sakura yang belum berbunga sepenuhnya…tempat ni amat sesuai bagi yang nak ‘bertenet’ dan digunakan sepenuhnya oleh golongan mahasiswa/i Hosei Daigaku….

Yoyogi koen

p3290182

Seperti di Koganei Koen, hujung minggu digunakan sepenuhnya untuk berpiknik bersama keluarga, rakan taulan dan utk menunjukkan bakat dan skill masing-masing…sambil mengambil shot2 yang menarik perhatian, aku terserempak pulak dengan member-member  aku yang tengah berpiknik..watchaaaa!!!

p3290186

Kalau kat malaysia, setakat beli bunga palsu jer ler sebagai perhiasan terutamanya utk raya..la ni..ahahaha…dapat menyentuh dan menghidu yang original…caya ler…..

Sumidagawa

p3290208

Mula-mula aku pikirkan bunga ros, rupa2nya bukan…nah!!! pandai-pandai ler korang cari sendiri nama bunga nih…tugasan utk korang tau….kekekekek…

p3290204

Berjalan di bawah lindungan pokok-pokok sakura…damai jer rasanya…

Ueno Koen

p3290221

Di mana ada koen, di situlah masyarakat Jepun suka berpiknik..walaupun masih sejuk, ianya tak menjadi penghalang utk berjumpa kawan-kawan sambil bergurau senda..Kanpaiii!!!

p3290224

Yang ni pulak sakura yang berwarna pink….fuiyooo!!! shiawase da ne…