kembara_traveliconHai…bertemu lagi dalam segmen kembara.. (cewah….mengada-ngada erkkk…kekekek). Ahad lepas, sebelum bertemu member, aku berpeluang melawat Marunouchi area (terletaknya Tokyo Station, Imperial Palace, Tokyo International Forum, bla-bla-bla…). Jadi, gambar-gambar kat bawah ni diambil dekat area berkenaan. Nah..ambik korang.

p3080053

Tokyo Station (Minami-guchi)…pihak yang berkaitan tengah buat  maintenance kat Tokyo Station…almaklumlah mula dibina tahun 1914 dan direconstruct thn 1947…tua sgt dah tu..patut pun kena maintain…bezanya dengan stesen-stesen yang lain ialah, architecturenya berstailkan ‘The Renaisance style redbricks’.

p3080058

Cuba teka yang mana satu bangunan yang dinamakan ‘Marunouchi Building’???…ehehehekkk…

p3080066

Aku saja jer ambik gambar kat tengah-tengah jalan…hahahah…nampak tak Tokyo Tower???…kalau tak nampak jugak, memang sahlah korang…toottt…

p30800691

Inilah kwsn Imperial Palace, istana di mana maharaja dan maharani japan bersemayam(betul ker istilah aku ni..ehekk..entam ler labu)…Yang pastinya, aku bukan berada di main entrance..byk sgt pintu masuk, aku sendiri pun tak tau…kalau tengok map, aku berada di area Nijubashibori. Tak berani pulak nak ambik gambar dekat-dekat….ala..takut kena lontar gas pemedih mata kang..naya aku…lagi satu, gambar ni aku ambik bawah pokok…ala, bersempena persidangan tergempar bawah pokok di Perak tu….

p30800791

Sambil duduk bermessaging dengan member aku tu, ternampak replika seperti image di atas..wow..ala-ala Aragorn pulak…tu yang teruja sgt tu… nama replika ni ialah Kusunoki-Masashige…hahah..nak tau detail tentang dia, carik sendiri kat internet tau.

p30800821

Image atas ni pulak, selepas balik dari area Imperial Palace, aku guna laluan ni..sebab apa, area ni ler kedai-kedai ternama seperti Tiffany, Gucci, Prada, Hermes, etc wujud. nama area ni ialah Marunouchi naka Dori.

p30800841Tokyo International Forum

Sebaik sahaja aku habis visit area-area ni, aku terus  menaiki train ke Ikebukuro untuk menemui member aku tuh….