pelbagai_misciconKelmarin, adik bongsuku, Shaiful telah selamat diijabkabulkan dengan tunangannya, Nadia pada petang tadi, di Perak (Alhamdulillah dan tahniah).  Hmm, apa yang mak aku maklumkan selepas aku call adik aku tu,  selepas majlis ijabkabul di masjid, menghadiri sedikit jamuan di rumah pengantin perempuan, dan sebelah malam pulak  diadakan doa selamat.  Kemudian, untuk majlis persandingan diadakan pada hari sabtu (pagi tadi). Tak cukup dengan tu, ada lagi majlis memotong kek pada sebelah malam. (ish…ish…ish…boleh tahan jugak adik aku tuh buat byk acara).  11 orang dari sebelah keluarga aku terbang ke Perak  dan akan balik semula ke Sarawak pada 10 hb ni. Untuk majlis persandingan di Sibu pulak…akan diadakan pada 31hb Mei ni. Mak aku dah pesan suruh balik…Insya Allah…

Apa-apa pun sepul, aku ucapkan tahniah sekali lagi dan untuk Nadia, welcome to Sarawak…dan pesanan penting…bawa kereta aku ke Sibu nanti, guna elok-elok. Satu lagi, jangan lupa hantar gambar-gambar dan video yang ko inform nak send ngan aku.

“Pukullah tabuh, pukullah tabuh …..(aku tak ingat  dah. apa-apapun ikut lagu dlm filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Madu  3)”.

dsc00054

(Gambar ni adik aku hantar semasa majlis pertunangan dia tahun lepas..sepul,  dont forget to send me the latest one)