pelbagai_misciconGeli hati aku selepas balik dari supermarket. Mana taknya, teringat dengan satu kes yang aku sendiri alami apabila masuk ke supermarket, terdapat dua bakul bagi meletak barang yang dibeli (satu warna hijau dan satu lagi warna merah). Automatik aku teringat dengan lampu isyarat. Kalau lampu isyarat, tanda hijau bermakna kenderaan yang kita pandu boleh bergerak, manakala yang merah pulak, kena berhenti. Berdasarkan analogi (utk bebudak AI yang pernah aku ajar, ingat lagi tak konsep analogy tu????…ahaks… ) tu jugak, aku apply di supermarket yang aku pergi. Aku buat assumption, bakul hijau tu, kita akan guna untuk mencari barang-barang yang kita kehendaki, kemudian ke kaunter pembayaran, staf yang bertugas akan masukkan barang ke dalam bakul merah (maknanya kita dah abis proses pembelian) seterusnya kita bawa bakul merah tersebut dan masukkan barang-barang yang dibeli ke dalam beg plastik atau beg yang kita sendiri bawa.  (berbeza dengan konsep di malaysia, staf di kaunter yang akan masukkan barang yang dibeli ke dalam beg plastik).

traffic_light_d1

Nak dijadikan cerita, berdasarkan assumption aku tadi, selamba jer aku ambik bakul hijau (antara hijau dan merah, aku prefer hijau…hahahaha), dan terus mencari barangan yang aku nak beli. Ada jugak pelanggan yang lain memerhati aku…aku buat ‘derkk’ jer lah…tak pernah tengok ‘gaikokujin’ kottt.

Setibanya kat kaunter utk pembayaran, sambil makcik tu mengira dan memasukkan harga barangan yang aku beli, terus makcik tu tegur aku…”Encik! next time kena guna bakul merah tau…yang hijau ni diguna selepas pembayaran jer… (sambil memasukkan barangan yang dah dikira ke dalam bakul hijau yang lain)”. Sudah tukar kaaaa??? (pinjam statement pakcik sathiya)…”Maaf makcik, ingatkan bakul hijau ni diguna utk beli barang (sebelum bayar)”…sampuk aku pulak sambil senyum-senyum panda.

baskets2

Ketika memasukkan barangan yang telah dibayar tadi (dari bakul hijau) ke dalam beg belakang aku(terus aku gelak sendiri dan mulai faham kenapa wujudnya dua jenis bakul yang dibezakan warnanya….Ada tujuan dan maknanya tu…hahahahha…