ziarah_visiticonSebagai hadiah hari jadi… aku pergi melawat Zojoji Temple dan Tokyo Tower. Kedua-dua tempat tersebut amat berdekatan di antara satu sama lain. Jadi, dengan menaiki Chuo Line (dari Koganei) sehingga ke Shinjuku, seterusnya menaiki Oedo Line (di Shinjuku) ke Akabanebashi, aku melawat Zojoji Temple terlebih dulu dan seterusnya ke Tokyo Tower.

Secara ringkasnya, Zojoji Temple ni telah wujud sejak tahun 1393 lagi sebagai lokasi bagi ”nembutsu seminary of Jodoshu school” di Timur Japan, dan seterusnya menjadi ”the family temple of Tokugawa shogunate”. The wooden gate of the temple remains as the original architectural remainder of the early 17th century and is designated as important cultural property of Japan.

Aku kongsikan sebahagian images yang aku sempat ambil sekitar Zojoji Temple utk tatapan bersama.

p1010014

Zojoji Temple dan Tokyo Tower

p1010017

Ahah!!…ume plum you…honto ni kirei da ne…

p1010022

(steph and sze!!! help me in translating this kanji…!!!)

p1010024

aku tak paham kenapa setiap doll ni dihiasi dengan bunga-bungaan dan dibaluti dengan kertas-kertas (fortune ker????)

p1010028

(terkejut aku dengan kenderaan yang diberi nama dengan taxi…mcm beca erkkk…)

Balik dari Zojoji Temple, aku terus ke Tokyo Tower. Tokyo Tower dibuka kepada orang ramai sejak tahun 1958 lagi. Dengan ketinggian 333m, Tokyo Tower menjadi menara tertinggi di dunia dengan “sel-supporting steel tower”. Untuk ke main observatory (di ketinggian 150m), aku kena bayar sebanyak JPY 820 . Alang-alang dah di main observatory, aku decided ke special observatory (di ketinggian 250m). Jadi, utk ke special observatory, kena bayar lagi sebanyak JPY600 dengan menaiki lift. Teringat pulak lagu yang menjadi tema Akademi Fantasia….”menuju Puncak”…hahahahha… Antara images yang aku ambik utk tatapan bersama adalah seperti berikut.

p1010029

(ahaks!!!…tokyo tower…here i come….)

p1010046

(rainbow bridge…aku pernah drive kat area ni beberapa thn sebelum ni…satu kenangan youuu!!!)

p1010066

(gayat jugak sebenarnya berdiri di atas kaca sambil memerhati ke bawah…)

Selepas turun ke main observatory, aku decided nak turun guna tangga. Naik ke main observatory tadi aku dah merasa naik lift, jadi utk turun, aku guna tangga pulak (600 steps you!!!). Sempat jugak ambik gambar yang dirasakan perlu.

Aku tak lepaskan peluang utk singgah ke Wax Museum…(JPY 500 lagi dikenakan). Tapi tak ler sehebat di Madame Tussaud, London, aku rasa. Dapatlah jugak aku “berkenalan” dengan Madonna, James Dean, Marilyn Monroe, Elizabeth Taylor, Albert Einstein, etc.

p1010082

(hehehehehe..biler pulak lah wajahku nak dipaparkan kat wax museum ni…)

Galeri utk Guinness World Record pun ada (tapi, buat masa ni, aku belum berminat lagi). Sebelum keluar dari Tokyo Tower, aku sempat jugak membeli sedikit ‘omiyage’ utk diberikan kepada kawan-kawan aku. Selain tu, aku yang berminat dengan poskad tak melepaskan peluang utk membeli poskad berkaitan dengan Tokyo Tower dan Tokyo secara amnya. Next journey…ke mana pulak erkkk???? (hmm..nampak gaya nya, minggu ni my French friends invited me to go with them to Disneylands….hahahhaa…enjoy lagi ler nampaknya… pastu bulan 3 ni nak ke onsen pulak….huwaaaaaa…ikitaiiii!!!!!).