pelbagai_misciconTerkejut apabila menerima panggilan dari Ken-san (my Japanese  bestfriend) mengajak gi lunch sama. Katanya dia tengah free (amboi…mentang-mentanglah isnin depan transfer ke department lain di asakusa yek…menarik jugak gi lunch sama ni). Lepas memulas otak di lab,  aku pun bersetuju utk berjumpa dengan Ken di Ueno, dlm pukul 1pm.

Dekat Ueno pulak,  sebaik berjumpa dengan Ken, “Matto, ko lapar sangat tak la ni? kalau belum lapar sangat, jom jalan-jalan kejap dan kat area ni mana lagi part yang ko belum pegi?”…aku ok jer Ken…part jalan-jalan memang aku suka sgt….kekekek…sempatlah pegi ke kedai buku dan kedai video. Selepas penat berjalan (kaki aku yang terseliuh beberapa hari lepas jadi sihat walafiat pulak lepas aktiviti jalan-jalan ni…hahahah..), kami berdua pun gi lunch ler kat satu restoran XYZ (bukan nama tempat yang sebenar) ni. Aku order ler ‘Kankoku ryori’ (masakan Korea). “Eh!! Matto, takkan order tu jer??..cukup ker?…” Cukup ler ken…bukannya aku mkn byk pun, yang satu pinggan ni pun tak tentu habis ni…tapi, last2 tu, aku pilih dessert aiskrim jerk (walaupun tgh winter la ni….kekekeke…asalkan ko bahagia man….).

“Matto, hujung minggu ni aku busy (packing dan transfer ke ofis baru di asakusa), jadi tak leh nak sama-sama ngan ko  utk celebrate hari jadi ko minggu ni…jadi hari ni aku belanja ko makan tengahhari….Happy be’early birthday’…”. Wah!! Ken…terharunya aku…ko memang buat aku surprised…..tergamam seketika, lidah kelu diam membisu…(cheh…piiirah mabuk!!!!…kekekeke). You are really-really-really my bestfriend Ken. Thank you so much.

happybirthday62

Lepas lunch tu, kitaorg sambung berjalan lagi sehingga ke Asakusa you!…menarik gak ni (jadi tak sempat jadi lemak apa yang dimakan lunch tadi)…kekekek. Sempat jugak menyelusuri Kaminarimon, seterusnya lepak sekejap di Sumidagawa(Sumida River). “Ken, ko setuju tak kalau aku katakan kita berdua ni macam berdating jer apabila lepak kat Sumidagawa ni… “…dua-dua pun gelak dan terus beredar lepas tu. Akhirnya, selepas dia tunjukkan ofis barunya nanti di Asakusa(…ooo..memang dekat sangat  ofisnya dengan  Sumidagawa ni. Selalu ler ko lepak-lepak nanti), kami berdua pun blah dan membawa haluan masing-masing…FULLSTOP.

p/s. ama, thank so much for the birthday card from london…makin bersemangat untuk meneruskan hidup dan berjuang demi kemaslahatan ummah (apa yang aku merepek ni…kekekekek).