kembara_traveliconPenat, teruja dan amat puas hati… 3 perkataan yang dapat kugambarkan dalam trip ke Hakone pada hari selasa, 18hb lepas (opss…escape daripada masuk lab nih…kekekekek). Perancangan ke Hakone dibuat pada hari sabtu,  apabila seorang teman bercadang nak ke sana, menikmati keindahan panorama terutamanya perubahan daun-daun hutan dari hijau ke warna kuning keemasan dan perang…akhirnya layu, gugur dan rebah ke bumi…(cewah..bersastera ler pulak). Kalau pergi sorang-sorang confirm boring jugak, jadi aku pun nak join sekali member aku tu.

Dengan tiket (Hakone Free Pass-HFP) yang berharga JPY5000 (dari Shinjuku ke Hakone), membolehkan kita menikmati dan travel menggunakan Odakyu Line ke beberapa check point station seperti Odawara (mak aiii…hampir 2 jam you!), Hakone-Yumoto(Mountain Railway-Hakone Tozan Train…pastu kan..sesapa yang berminat nak ke onsen..boleh berhenti di stesen ni dan keluar utk ke onsen but u have to pay more for it), Gora(Hakone Tozan Cablecar), Sounzan (Hakone Ropeway…ala, sebijik macam nak ke Genting Highland tu ler), Togendai dan beberapa tempat yang lain dengan hanya menggunakan tiket yang sama.

Aku kongsikan beberapa gambar untuk tatapan bersama.

p1010006

(Gambar atas ni diambil ketika menaiki Mountain Railway. I like the combination of blue and white, green, yellow and gold colour..so beautiful scenery)

p1010019

(Inilah yang dipanggil sebagai Hakone Ropeway…kalau kat Genting tu, kita panggil cablecar erk…dlm bahasa melayu dipanggil gondola…belajar bahasa pulak dah..dari sini kita nampak Gunung Fuji dengan jelas…very da teruja you…!!! )

p1010017

(Ahah!!…Fuji-san…)

p1010028

(Foto yang diambil ketika menaiki “Pirate Boats” – Hakone Sightseeing Cruise…terasa macam berada di lokasi Pirate of The Carribbean pulak…)

p1010041

(Terpegun seketika dengan view pokok seperti pic di atas…i luv it…)