pelbagai_misciconMinggu lepas, berkesempatan berborak dengan rakan ‘seperjuangan’ yang baru lepas ‘viva’ utk PhDnya dan informally, diberitahu dah lulus. Dengan tangkasnya, aku ucapkan ‘Omedetou ne’. Tapi, sambil2 berborak tu, teman aku tengah struggle giler untuk membuka tudung botol nescafe. Akhirnya, dia mintak tolong aku bukakan tudung botol tu..sambil aku sendiri struggle nak buka tu, terus dia bertanya, “Man, ko masih gi gym tak??” (kekeke..mungkin terasa tercabar kot!!..berjaya jugak aku buka tudung botol tuh…pergh….bahaya jugak soalan member aku tu).

nescafe_classic_coffee

Sambil2 borak dengan teman aku ni, tak lama pulak muncul sorang lagi member aku yang lain, berborak pasal hal ehwal kesihatan ni. Dia tau jugak aku gi gym..Soalan yang sama ditanya dengan aku..”Man, masih gi gym tak?”..semestinya bro…dah jadi gian pulak kalau tak pegi. Member aku tu, terus mencadangkan kat aku…Man, biler ko balik msia nanti kan, memandangkan badan ko dah jadi sasa tu dan masih single pulak, elok benar kalau ko pakai baju ‘selut’ (ala..sendat ler tuh atau bahasa standardnya..baju fit…kekekekek), pastu ko pakai spek hitam(bukan dipakai kat mata, tapi diletakkan kat kepala…fuiyoo, mesti terpinar2 adik2 kat ‘The Spring’, Kuching memandang kat ko, ) sambil menggenggam VAIO TT17, lebih-lebih lagi keluar dari Murano utk menuju ke Starbuck….pergh…aku sendiri tak boleh nak bayangkan macam mana keadaannya nanti…. (kekekekekekek..aku cuma gelak jer)…tapi dalam hati, nak jugak aku berimaginasi seperti yang dicadangkan oleh member aku tu…hahahaha..apa kata kita try, test, uji…..

armfit