[while listening…DJ Markski Remix Song]

Sedar tak sedar, dah lebih 6 bulan aku ‘menceburi’ phd ni…apa progress aku sekarang ni erk?..semakin maju? atau masih blur apa yang nak difokus?…apa2pun, progress report dah pun aku hantar ke unimas penghujung bln 10 lepas.

Aku baru balik jugak dari menghadiri conference di Kitakyushu International Conference Centre, Kokura, Fukuoka dari 27 – 31 Oktober lepas. Agendanya, pada 27 dan 28 menghadiri tutorial dan workshop yang berkaitan dengan “refinement” dan “formal method in education and training” dan seterusnya dari 29-31hb hadir utk conference.

Dari Koganei, aku dan miao menaiki train pukul 5.30 am sehingga ke Kanda Stn, seterusnya bertukar platform utk ke Hamamatsucho Stn. Dari Hamamatsucho, kami berdua menaiki monorail utk ke Haneda Airport dan menemui Fumiko yang sedia menunggu kami berdua kat sana.

Sampai kat Fukuoka Airport(sejam lebih naik flight), kami bertiga menaiki subway utk ke Hakata dan seterusnya menaiki shinkansen (atau bullet train) ke Kokura. Kita org stay kat Kokura Washington Plaza Hotel (bilik hotel di Jepun ni, memang kecik giler, jauh bezanya dengan bilik hotel di Malaysia). Kira oklah, semua kemudahan ada, internet, free breakfast, malah kalau nak tengok XXX pun vending machine disediakan.. (oppss…).

Petang pertama kat Kokura (selepas habis sesi tutorial), aku, miao dan fumiko meninjau2 kawasan sekitar dan sempat ke Kokura Castle, dan seterusnya dinner di restoran yang terkenal dan sedap udonnya.. Jadi, aku pilih “Muki ebi tenpura udon” sebagai menu utk mlm pertama…pergh…memang dahsyat sedapnya (sugoku oishii yo)…

Apa yang menariknya di sana..malam terakhir conference, aku Miao, fumiko serta supervisor dan beberapa peserta yang lain (lepas ni boleh buat research connection dari canada, germany, uk, argentina dan switzerland) sama-sama ke japanese restaurant…”YOSH!!!..Kanpai shimashita yo”..ada yang nak minum sake, sushi,  tenpura-based, nabe, dan mcm2 lagi jenis yang lain..(yang merah-merah tu, aku taburkan serbuk cili…senyum jer fumiko tengok…)

Tamat jer panel session di hari terakhir conference, kami bertiga terus balik ke tokyo menggunakan transport yang sama seperti ketika kami sampai ke kokura dulu..sampai kat apartmen, dlm pukul 6 lebih petang…hmm…terpikir pulak, sempat lagi ni kalau nak ke gym (ohhh…rindunya… 4 malam tak ke sana)..apa lagi, terus berkemas dan ke gym dan menempuh kedinginan yang mencengkam diri sehingga ke tulang sum sum…(macam buat novel ler pulak).