Lain resepi yang diberi lain pulak yang jadinya.. Biasalah dengan resources yang quite limited, aku belasah jugak benda2 yg ada.. Aku dapat resepi ni pun dari seorang teman (dan boleh ke sini utk mengetahui resepi tersebut). Hmm, boleh dikatakan lebih 90% aku tukar bahan-bahannya, contohnya, cornflakes yang digunakan, aku ganti dengan kellog frosties, pastu member aku cadangkan supaya guna evaporated milk, aku pulak ganti dengan susu lembu, kekekeeke…suka hati aku jer tukar-menukar…ada benda-benda lain lagi yang aku tukar sebenarnya (minta maaf byk-byk emma, sebab aku tukar ikut suka hati aku jer…dia gelak jer time aku bagitau dia aku buat modification).

Walau bgmnpun, alhamdulillah, memang sedap jugak (walaupun aku tak guna cornflour- emma baru inform supaya guna cornflour; time aku call dia yg aku tgh mencuba resepi dia nih…maknanya tak complete lagi ler resepi yang dia bagi kat aku tu). Apa2pun, emma…u and ur frens were rite…memang sedap…walaupun bhn2 yg aku guna tu tak memenuhi apa yg dicadangkan, habis aku ‘belasah’ time sahur pagi tadi…aku masak mcm nak makan 5 orang..(tapi dlm gambar di bawah ni, aku tunjuk sebhgn jer, yg lain tu aku masuk dlm pinggan yg lain).

Aku tambah daun salad…kalau takde sayur, tak best gak kan. Pastu yg nampak gelap sikit tu, bukannya sebab ‘terlebih masak’, tapi disebabkan kellog frosties yg aku guna tu jenis gelap, dan menyebabkan bahan lain pun terkena bahananya…satu lagi, disebabkan aku tak guna cronflour, jadi, bhn2 lain tu tak dpt lah nak melekat..nasib baik aku mkn sorang2…yummy… yummy…