Balik dari embassy di shibuya hari isnin, aku bertekad ke shinjuku pulak(berbuka kat sana).  Memandangkan masih awal lagi, apa lagi aku gi ronda2 kat Uniqlo (nuha..sebab ko ler aku gian gi uniqlo ni…), pastu ke kinokuniya…plannya nak cari buku yang diharamkan penjualannya di Malaysia…tapi tak jumpa..(aku sendiri tak ingat mana aku letak tajuk buku ni…kalau aku jumpa nanti aku update entry ni). Jenis orang macam aku ni, kalau orang dah katakan barangan, perkara dan sebagainya tak boleh dibuat atau dibeli, atau senang cerita diharamkan (dari segi undang2)…lagi ler aku suka nak tahu sebab apa diharamkan…walaupun ada ulasan yang diberikan kenapa perkara itu diharamkan, aku tak leh nak percaya 100%…sebab ulasan orang itu biasanya melibatkan kepentingan dan emosi masing2…(walaupun tak semualah).

Hampir masa berbuka, aku gi restoran yang berdekatan…hehehehehe…mana lagi, aku gi starbuck (berhadapan dengan bangunan Olympus, Shinjuku), dengan “Premium Hotto Chokoretto”, dates dan pisang yang aku bekal dari rumah.