Macam aku cakap minggu lepas, hari sabtu aku telah dijemput utk bersungkey dan seterusnya bersahur di Kashiwa…keluar dari rumah hampir pukul 3 petang, menaiki dan bertukar train sehingga ke Kashiwa dan sampai dalam pukul 5 pm. Sampai kat rumah kawan, berborak dan seterusnya mengajak aku menemaninya utk menjemput anak saudaranya yang berada di Jepun atas urusan kerja selama sebulan…heheheheh..man jugak namanya, muda setahun dari aku, seorang yg easy going, intelligent & generous dengan byk pengalaman berada di luar negara (UK, US dan kini di Jepun)..

Kita org bersungkey di rumah, dan bersiar-siar di luar (window shopping) selepas menunaikan tanggungjawab masing2, dan ‘lepak’ kat restoran ‘Saizeriya’ (Italian food you…dan yang menariknya, kita boleh minum sebanyak mana minuman yang kita nak dan pelbagai jenis..cappucino, teh, air berkarbonat dan jus…free of charge…no wonder boleh stay sampai pagi….hahahahha…) sehingga pukul 1 lebih pagi….kekekekekeke..walaupun lepak, banyak perkara yang diborak dan dibincangkan dari hal masing-masing, perkembangan kat malaysia, sehinggalah hal-hal yang berkaitan dengan akademik dan perbandingan budaya antara Malaysia, Jepun dan US…wah..byk ilmu yang aku dpt malam tuh…mcm tak cukup berborak kat Saizeriya, sampai kat rumah, terus bersahur, dan sementara tunggu subuh, berborak lagi….kekekekeek…memang dah ‘student’ kan…(nasib baik hujung minggu), solat dan akhirnya….gedebuk…rebah dan terus lena diulit mimpi…(sorry man (yang sorang lagi)….sebab kitaorg, ko terus pening kepala sebab tak cukup tido…hehehehehe….).

Sebelah pagi pulak (dah plan mlm sebelumnya) utk gi ronda-ronda lagi…dari ke 2nd hand shop sehinggalah ke kedai elektronik kita org redah…..dpt jugak aku ‘rembat’ bbrp barang yang berkenan. Shopping punya shopping, tak perasan masa hampir pukul 4 pm, dan terus balik ke rumah, bersiap dan ke stesen keretapi seterusnya balik ke koganei.