Intelligence isn’t a privilege, it’s a gift. It’s not yours to waste. We’ve been given the power of intelligence for a purpose: to use it for the good of mankind…

Kata-kata yang aku petik dari salah satu perbualan di antara Peter Parker & Dr. Otto Octavius dalam Filem Spiderman2. Aku teringat dengan perbualan ni pun selepas menonton secara online drama dari USA di mana seorang pemuda yang berusaha untuk membangunkan satu watak hero yang akan menjadi idola kanak-kanak. Dari satu watak ke satu watak yang sedia ada menjadi pertimbangan termasuklah watak yang seakan-akan sama seperti Superman, Spiderman (menyebabkan aku terpikir dan teringat stmt spt di atas), batman, dan sebagainya. Dia dibantu oleh seorang teman yang mahir dalam menterjemahkan watak hero yang difikirkan. Satu watak hero muncul apabila dia melihat seorang teman rapatnya yang sedang berlari-lari di atas treadmills dan dari larian perlahan sehingga semakin laju… dan dari situ dia mendapat idea dan berjaya menghasilkan watak hero tersebut.

Jadi, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. Apabila dah dapat, hendaklah dikongsikan bersama bagi panduan dan kemaslahatan orang lain…aku sendiri pun musykil, apahallah kedekut sangat ngan ilmu tu, lainlah kesnya ngan company yang bersaing dalam bidang yang sama….(itu business orientation)…

p/s kalau korang tak faham pun content posting ni pun takper…aku sendiri pun tak paham..aku main tekan jer keyboard di tengah-tengah malam ni…(sementara ada network kat area apartment aku ni..kira peluangkan)…tetapi, utk memahaminya anda perlukan bbrp teknik intelligent yang boleh digunakan.bgmnapun, kalau ada persoalan, jangan malu dan jgn segan, komplen jer kat aku…kekekekek…