Hari ni masuk hari ke-5 umat Islam berpuasa  Ramadhan (dah menghitung hari dah ni….mcm lagu Kris Dayanti ler plak). Setakat ni, alhamdulillah, puasa pun ok (secara fizikalnya…mudah2an secara rohnya diterima oleh Allah..Amiinnn). Petang ni, bersungkey (berbuka puasa) adalah pada pukul 6.06 pm. Untuk menu,  biasanya aku berbuka dengan segelas (kadang-kadang 2 gelas) air suam, segelas air kopi, buah (pisang, pir, dan mana-mana buah yang aku jumpa dan berkenan), serta roti (pengganti kuih-muih…nampak gayanya, tahun ni tak dapatlah nak merasa selorot, karipap mak kiah, rojak kucey, telur hongkong buatan tangan mak aku, penyaram dan kuih bungkor hjh norani). Lepas maghrib, solat isya dan terus tarawih (8 rakaat, arab style), aku bergegas ke gym. Balik dari gym, barulah rileks sekejap sebelum mentelaah pelajaran (student lah katakan) sehingga tiba waktu sahur. Utk sahur, kalau tak makan nasi, aku bedal kellog cornflakes jer, segelas air suam,  kopi dan sedikit makanan kesihatan (pil vitamin ler tu).

Memandangkan puasa kali ni berada dalam penghujung summer dan awal autumn, maka, masa subuh dari hari ke hari pun semakin lewat. Utk pagi tadi jer, masuk waktu subuh adalah pada pukul 3.50am. Jadi, nak tak nak aku hanya dapat tidur selepas subuh lah.. macam aku bagitau member aku..kalau dah dapat tidur tu, memang tak ingat dunia langsung selepas tu..Jadi nak elak tak bersahur dan terlajak subuh, nak tak nak, aku kena manage masa stay up till subuh pastu baru tidur…(macam kelawar pulak time puasa kali ni). Korang pulak macam mana? hahahah…kita serupa tapi tak samakan…