Semalam dapat emel dari kedutaan Malaysia kat Shibuya yang mengatakan zakat boleh dibayar di pejabat kedutaan (dua nama pegawai yang telah dilantik sebagai amil disertakan dalam emel tersebut). Jadi hari ni aku call salah seorang penama tersebut, buat appointment utk bayar zakat hari Isnin depan dalam kol 3pm camtu. pastu, bolehlah berbuka sama ada kat shibuya atau shinjuku..ataupun hehehhehe kat starbucks (lokasi ‘keras’). Tengok keadaaan nanti cam mana. utk bayaran zakat fitrah kat sini, jumlah yang dikenakan ialah JPY 1500 (congak-congak sendiri kalau nak convert ke RM atau GBP, Euro, USD). Jadi, aku surf gak nak tahu bayaran zakat tahun ni kat Malaysia (seperti imej dibawah..bersumberkan dari kosmo)…Fuiyoh…, meningkat tahun ni erk…apa2pun, tunaikan kewajipan membayar zakat…jangan tunggu last minutes….mahu ‘meroyan’ jadinya nanti.

p/s Insyaallah sabtu ni bersungkey dan bersahur di Kashiwa. terima kasih atas jemputan.