Amat sukar utk memuaskan hati setiap orang. Antara kehendak diri dengan keinginan orang terhadap kita, yang mana satu perlu diberi keutamaan? Bagi sesetengah individu, of course they will decide based on what they want instead of what people need. Sesetengah yang lain pulak, akan berlakunya satu konflik, di mana mereka nakkan apa yang mereka kehendaki dan pada masa yang sama mereka tidak mahu menghampakan harapan dan keinginan orang lain.

Aku tertarik dengan kata-kata “Forget what other people want from you or expect. You only get one chance…..” yang aku petik dari sebuah scene dari salah satu drama(?) Britain yang aku tonton dari internet. Tapi, kalau dah ikut apa yang kita nak, timbul lagi persoalan yang lain…adakah apa yang kita nak itu betul-betul lahir dari hati nurani yang tulus suci atau hanya emosi semata-mata. Memang orang melayu ni kaya dengan pepatah dan kata-kata, ikut hati mati, ikut rasa binasa… Arghhh…macam mana ni…ikut kiri salah, ikut kanan pun salah, nak ke depan pun rasa lain macam jer, lagilah kalau nak ke belakang…bahaya sungguh. Apa-apapun, nampak gayanya kena buat solat istikharah nih.