Asakusa Samba Festival

Dua-tiga-dua-tiga nak ke Asakusa pada hari sabtu 30 Ogos 2008. Cuaca yg tak menentu semenjak dua menjak ni (biasalah nak masuk autumn selalu hujan jer) serba salah gak nak menyaksikan dan memeriahkan sambutan Samba Festival di Asakusa. Festival ni merupakan acara tahunan sejak thn 1981 lagi to celebrate the long standing ties between Brazil and Japan. Lebih kurang jugaklah samanya dengan perarakan sambutan hari kemerdekaan kat Malaysia. Yang bezanya, dari segi pakaian dan cara perarakan jer. Kalau kat Malaysia, perarakannya dengan pakaian yang lebih tertib, formal dan ala ala ‘keturunan melayu terakhir’ (seperti wanita melayu terakhir), tetapi dlm samba festival pulak, pakaian yang dipakai pergh……marvelous (kata omputih) dan sememangnya ada umphh….sehingga menjilat jari…(image2 sebegini aku tak boleh nak kongsikan dlm ni…kekekkee..tak semena-mena kena gam dan di block oleh MCMC atau dari pihak Jaring nanti).

Aku bersemangat nak menyaksikan sambutan ni pun atas ajakan dari member gak. Bila lagi nak tengok, setahun sekali. Lagipun, hari nilah hari yang amat sesuai utk mencuci dan menggosok mata yang tak pedih. Teringat kata-kata dari soerang kakak tu…mentang2lah ko nak puasa tak lama lagi ….ko gunakan masa tu utk ‘balas dendam’ erk. Suka hati engko lah man…asalkan ko bahagia….

Sungguhpun hari hujan, semangat yang ditunjukkan oleh para kontinjen serta penonton yang tidak berganjak dari tempat masing-masing (termasuklah aku dan brother yang pergi sama dengan aku hari tu) tidak melunturkan dan merencatkan program tersebut.

Nak bagitau…walaupun namanya samba festival, majority para kontinjen adalah orang jepun sendiri….teringat lagi kata-kata bro yang pergi sama dgn aku, “man, kalau kita tak menyaksikan program ni, alamatnya kita kena pergi ke Rio de Jeneiro ni”.

Walau bgmnpun, aku kongsikan gambar-gambar yang aku ambik dlm samba festival di asakusa utk tatapan…(setelah aku filter dan dipertimbangkan bagi mengelakkan fitnah dan caci maki…heheheheh).

(Sebelum ke Asakusa, aku dan sorang bro tu berjanji utk berjumpa kat depan Hard Rock Cafe ni…sempat gak aku masuk kat kedai dia…ada gak niat nak beli satu baju ni…kalau abg ipar aku tahu kompem dia dah pesan kat aku ni ).

Penonton yang menanti dengan penuh ‘keinsafan’ dan dengan sabarnya di sepanjang jalan…time ni masih mendung lagi.

Antara kontinjen yang mengambil bahagian…fuiyoo…menari dengan penuh menggiurkan u….

Wow…kontrol ayu ler pulak… peewiit…u look blue….kekekek

Walaupun hari hujan, penonton tetap berada di posisi masing-masing, tak nak melepaskan peluang menyaksikan tarian-tarian yang penuh dengan gaya yang tersendiri oleh kontinjen-kontinjen yang terlibat…lebih-lebih lagi para kontinjen yang berarak dengan penuh semangatnya tanpa menghiraukan hujan…teringat pulak macam menyaksikan lagu filem hindustan….oohh kajol, ohhh aishwarya rai…

Alamak…tema apa pulak ni?

Kontinjen yang berpakaian sebegini bertemakan hidupan laut…nampak macam kuda laut kannn…

Yang ni pulak kontinjen yang bertemakan seni lukis….pakaian yang dipakai oleh gadis2 (dibelakang kenderaan yang bertajuk ‘barbars’ dan tidak kelihatan dalam imej ) ni pun ditampal dengan dengan image2 yang dilukis oleh pelukis-pelukis terkenal dunia….gambar monalisa pun ada…bro!!! kontrol macho nampak.

Advertisements

About marahman

I'm proud to be Sarawakian, has a job as a university lecturer and researcher. Currently, I'm doing my PhD in Requirement Specifications using Formal Engineering Method, at Hosei University, Tokyo, Japan.
This entry was posted in Updates and tagged , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Asakusa Samba Festival

  1. emma1202 says:

    Wah..Japan nang selalu ada festival ho. interesting. yang mek suka nangga, colorful, and interesting.

    Man, mun kitak ke Hard rock cafe, boleh beli baju t-shirt and beer glass di sia? Mek sik tauk saiz sinun. Ria mek gi Manchester Hard Rock Cafe, mek beli L size. mungkin L kut. Beer glass ya..nok panjag..actually..mek dpt for free..apa mek minum – non alcohol drink and free glass ya. Mun kitak pergi sia lah.

    pasal baju ya tek..jgn kitak beli nok common t-shirt. yang putih, and nama hard rock cafe depan or belakang ya. mek suka yang ada design. mm…kelak mek ambik gambar t-shirt yang kamek beli di Manchester. dpt kitak picture kelak kah ho. mek maok warna lain beside pink. hehehe..mek tok perlu beli color lain. color dak baju mek – mun sik pink, merah, mun sik merah, hitam and putih, mun sik 2 color tok, maroon..oh well..mek perlu more colors. hehehhe…eee..panjang indah cerita mek..sorry.. thanks man. 🙂

    ARM’s Re: Insya Allah…kelak mek tolong belikan…mek pun nak ke siya juak..tapi lepas habis ramadhan kelak (hehehehehehehe…faham-fahamlah).

  2. Watashi Azaruuu says:

    Uhuks…..ehemsss….crottt…..adusssss…..
    mcm2 plak bunyi perut aku bila tengok n baca bab nih…..tu yg aku malas nak tengok kalau benda2 mcm ni…..aku mmg pantang…….mesti nak tengok……kekeke…..nasib baik ayaq liuq aku tk meleleh batal plak posa aku kang…..anyway bro aku suka tengok gamba yg bertemakan marin life tuh….yg lain2 tu aku tk berapa nak nampak plak tetiba je gambarnya digelapkan kat laptop aku nih….hehehe…nampaknye aku kena tukar cermin mata lepas nih…..klu tengok life nih…..boleh batal air semayang akuuuuuuu.

    ARM’s Re: Bro, ni baru pucuknya yang aku kongsikan kat sini, belum lagi aku paparkan imej2 yang akan menyebabkan bukan setakat meleleh air liur, malah terbelalak biji mata ko nanti…kekekkeke…tapi aku takleh nak publishkan ler..kalo ko nak, kena private email..kekekekek…

  3. aziz says:

    woitttt…. sempat lagi cuci mata ye…
    posa posa .. 😉

    ARM’s Re: Kekekeke…rezeki depan mata bro…nak buat camner…sekali sekala ekkk..

  4. Ayuniez says:

    yah..acara cuci mata..nasib lom posa. mun sik, nang tebik lah posa. mun x pun batal terus. hahahaa 😛

    ARM’s Re: Kekekekek..timing nang cun bah…terer dak jepun tuk…hidangan sebelum puasa….sik kempunan kelak…

  5. Sik Ada Masalah says:

    …“man, kalau kita tak menyaksikan program ni, alamatnya kita kena pergi ke Rio de Jeneiro ni”.

    Wow…….nang best juak kitak duak brother ya nuci mata Man…..brother ya memang dah biasa ke Rio juak kali……

    ARM’s Re: Kekekeke..yalah oooo… menar kata kitak ya…terima kasih krn memberi semangat riya…ktk mmg ‘rock’…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s