Kalau minggu lepas aku join ‘Capoeira’ (setiap hari jumaat malam sabtu), mlm tadi pulak, first time aku join ‘Zumba’. Perghhhh!!! dahsyat giler…dah nama first time kan..habis lenguh dan sakit sendi2 tulang aku…aku mula join pun lepas di suggest oleh sorang staff tempat aku gi gym tu… “very interesting u”. kalau capoeira tu, bagus untuk membuka luas di antara dua paha kaki dan memperkuatkan kaki tu(sorry, aku tak tau term yang sesuai utk digunakan, lebih kurang macam mengangkang…betul ker??)…boleh juga kalau nak memanjangkan kaki.. (aku rasalah…kekekeke). Capoeira ni merupakan tarian dari Brazil, manakala zumba ni merupakan tarian latin… (terasa jadi antonio banderas ler plak…heheheh).. zumba ni kena ler menggunakan hikmat ‘pelembutan’ bhgn perut… (amat sesuai yang nak dpt ‘abs’ tu)…kena gelek maut bro…sakit perut aku…. apa2pun, mlm ni join ‘Group Step’ pulak. Masanya, dari pukul 9.45pm hingga pukul 10.30pm (45 minit jer). aku masuk gym pun pukul 8.30 mlm, sempat lagi nak warming up dan workout….(nak menten kemachoan ler tuh).