Hahahah, mcm aku bagitau dlm posting aku sebelum ni, aku akan masukkan entry khas ttg tpt yang aku tinggal sekarang ni utk dikongsi bersama. Pertamanya, aku study kat Hosei University, Koganei Campus, Tokyo (aku tak pasti pulak berapa jarak dari tempat aku ke Tokyo). Untuk entry tentang campus aku, akan diceritakan dlm posting yang akan dtg (ntah bila). Jadi dlm image bawah ni, aku tinggal kat Parashion Izumi, Midori Machi. Dari image bawah ni, dah boleh nampak bangunan campus aku(hehehehe…kira berdepan dgn kampus jer).

(Nama apartment ni ialah Parashion Izumi, Block B, warna hijau muda…wow..one of my feveret kaler)

(Agak-agaknya, utk image kat atas ni, mana apartmen aku erk…heheheh. hint:no 3, tingkat 2, nampak tak hanger warna biru tu??- ada dua hanger biru kat atas tu)

(Pintu masuk ke apartmen aku…jeng..jeng..jeng..apa yg ada di dalamnya erkk??? kekekek..mcm rancangan room raiders ler plak)

(Mak aii..mcm ni jer besau apartmen ko mann..heheheh…tu ler aku cakap, mcm bilik hotel jer, keluasan apartment aku adalah lebih kurang 19m persegi, dah namanya single apartmentkan..bak kata akak ogy, ‘sesuai sgt gitu’…..tilam, portable table, coffee table dan study table tu aku ‘cekup’ dari tempat pembuangan sampah…betapa baiknya msyrkt nippon ni..barangan yang masih elok lagi, diaorg buang..apa lagi bang oooiii…rembatlah…dah peluang depan mata. aircond tu, bukan aku beli aarrrr, mmg dah built in utk apartmen ni..jadi, tak yah risau nak beli heater nanti… water heater pun ada sekali, nak buat mcm sauna pun tak de masalah kottt….terima kasih tak terhingga buat bro fendy yang meng’infakkan’ tv dan study chair kat aku…)

(ahahha..kitchen aku..fuh..chef man..apa hidangan yang ko selalu masak tu?..microwave oven pun aku rembat dari tempat pembuangan sampah tau..’save budget arr bro’…apabila buka jer pintu utk masuk ke rumah aku tu, view pertama yang anda akan lihat ialah, ruang dapur mcm image kat atas…alamak, ko mkn pisang mann..ish..ish..ish..)

(Serba salah gak sebenarnya nak tunjuk gambar toilet ni..pikir-pikir plak, alang-alang nak kongsi, biaq la pi habaq semua sudut no….hahaha..mcm aku inform kat emak aku, balik dari pi joging mlm2, aku berendam kat tab tuh..fuihhh…baru merasa betapa nikmatnya hidup kat dunia ni…oppsss…)

(gambar terakhir yg aku nak kongsi, inilah tempat di mana aku ‘cekup’ barang-barang tadi. inilah tempat pembuangan sampah…veri da clean gitu…kat sini, nak buang sampah tertentu kena ikut jadual, dan perlu diasing2kan mengikut kategori..ala mcm kat msia ler…kategori utk botol dan tin, kertas dan sampah lain…tapi kat jepun ni, lebih byk kategorinya..aku sendiri penin kapara nak letak sampah dlm kategori mana..almaklumlah, kat msia aku tak praktik sgt pun….kekekekeke..ceh…pecah rahsia aku).